Norashman – Nikola sudah nikah….

Setelah ikat tali pertunangan pada bulan April lalu,Anak bongsu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, Norashman telah bernikah dengan wanita pilihannya, Nikola Mulyadi.
Norashman umum sendiri di Instagram miliknya, pagi ini.
Beliau bagaimanapun tidak sebut dimana majlis diadakan.
Menerusi hantaran sama, Norashman turut berkongsi gambarnya bersama Nikola lengkap berbusana putih di dalam sebuah kereta.
“Sealed the deal, Alhamdulillah! Here’s to a new chapter my dear ,” katanya pada kapsyen.
Bersama hantaran itu, disertakan juga tanda pagar #nikah #wedding #justgotmarried.
Perkongsian gembira Norashman berkenaan dihujani ucapan tahniah orang ramai dan kenalan termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes. -16/12/2023