FOKUS

Nak tuduh tengoklah dulu…PM jawab dakwaan Bersih SPRM jadi senjata politik kerajaan

Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai adalah tidak adil mendakwa SPRM menjadi senjata politik kerajaan sebelum laporan Jawatankuasa Khas mengenai isu pemilikan saham Tan Sri Azam Baki diperolehi.

Perdana Menteri menegaskan demikian sebagai merujuk kenyataan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang buat dakwaan berkenaan terhadap SPRM.

“Itu pandangan Bersih, tetapi tidak adil untuk Bersih membuat kenyataan yang tidak bersih. Nak buat tuduhan, tengoklah laporan dulu, baru bagi jawapan (kenyataan).

“Ini belum terima laporan tetapi kita sudah menuduh mengikut selera politik. Itulah yang dikatakan selera politik,” katanya kepada pemberita di Putrajaya pada Jumaat.

Bersih antara lain mengecam hala tuju SPRM yang didakwa semakin terpesong daripada mandat asal untuk membanteras rasuah sekali gus menyifatkan suruhanjaya itu menjadi senjata politik kerajaan.

Kenyataan itu merujuk kepada tindakan SPRM yang sedang mengesan James Chai ,bekas pegawai kepada bekas Menteri, Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli.

Anwar menegaskan, kritikan terhadap mana-mana pihak termasuk Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki boleh dibuat, namun perlu dilakukan secara konsisten.

“Saya tidak pertahankan tetapi kita sudah ada jawatankuasa dan saya percaya kepada Peguam Negara. Kita tunggu laporan dan jawapan terlebih dahulu.

Semua hendak bersih, apa dia? Tetapi yang puluh-puluh bilion dicuri selama ini mengapa tiada suara?

“Boleh kritik sesiapa pun termasuk saudara Azam Baki, tetapi biar konsisten. Yang dicuri dalam negara ini sudah mencecah puluh bilion yang telah terdedah,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai laporan Jawatankuasa Kha siasatan pemilikan saham Azam Baki…Anwar kata ia dijangka diperoleh pada (hari ini) Jumaat.

“Itu yang saya tunggu, katanya hari ini tetapi saya belum terima lagi,” jelasnya.- 5/3/2026

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button