
Ini jawapan Annuar Musa pada undangan terbuka masuk balik UMNO…
I
Ketika ramai sedang bercakap pasal inisiatif Rumah Bangsa yang buka pintu UMNO termasuk pada mereka yang dipecat dan sebagainya…apa agaknya pendirian Tan Sri Annuar Musa.
Bekas Setiausaha Agung UMNO yang menyertai PAS itu nampaknya sudah set tidak akan kembali kepada parti lamannya.
Menerusi satu kenyataan di media sosial Annuar berkata “hari ini setelah lebih 40 tahun dalam Umno dan lebih tiga tahun dalam PAS, dapatlah saya tegaskan tidak ada satu sebab pun untuk saya meninggalkan jemaah ini.”
Beliau menilai penjenamaan Rumah Bangsa oleh UMNO sekadar “kosmetik” kerana pengemudi dan dasar parti itu masih tidak berubah.
“Rumah Bangsa jenama baru, tetapi isinya tetap sama. Tuan punya rumah pun tuan yang sama,” katanya mengenai inisiatif Rumah Bangsa yang diumum oleh Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi baru-baru ini.
Setakat ini antara yang menyuarakan minat untuk masuk balik UMNO ialah Khairy Jamaluddin.
Katanya, pelawaan terbuka kepada ahli yang dipecat atau digantung itu sebagai satu pengakuan tidak langsung bahawa UMNO masih belum cukup “perkasa” dan hanyalah jenama baru dengan isi dan tuannya adalah sama.
Annuar turut mengimbau layanan yang diterimanya daripada pimpinan UMNO selepas 45 tahun menabur bakti, termasuk peranannya sebagai antara pengasas yang menghidupkan semula parti itu selepas diharamkan dahulu.
Menurutnya, dia tidak pernah meninggalkan UMNO bahkan tetap istiqamah ingin melihat parti itu memimpin penyatuan orang Melayu dan Islam.
“ Saya dibuang tanpa tunjuk sebab, tanpa notis, tanpa peluang mengetahui apa salah saya, tanpa proses membela diri.
“Itu balasan pimpinan UMNO terhadap perjuangan saya 45 tahun dalam Umno dan sebagai pangasas penaja menghidupkan Umno selepas diharamkan dengan nombor ahli 0000000124,” katanya.
Walaupun tidak lagi memegang jawatan tinggi atau menjadi wakil rakyat seperti zamannya dalam UMNO, Annuar menyatakan rasa syukur kerana masih diberi ruang untuk menyumbang dalam PAS.
“Saya bersyukur walau peranan saya kecil saja. Saya tidak wakil rakyat, saya tidak memimpin cawangan, atau kawasan, atau dalam saf pegawai tinggi parti saperti semasa dalam UMNO.- 9/3/2026



