FOKUS

Ada yang belum beres dalam Perikatan Nasional…

Diatas kertas kelihatan seolah Perikatan Nasional sudah cukup mantap berikutan beberapa perubahan jawatan yang dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi gabungan itu yang dikendali oleh Pengerusi baru Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Ini diperkuatkan lagi dengan senario solidariti yang dipaparkan semasa kalangan pimpinan komponen yang hadir termasuk bekas Pengerusi Tan Sri Muhyiddin Yassin bergambar di mesyuarat itu.

Realitinya ramai pemerhati politik yang ‘garu kepala’ apabila buat congak masing-masing kerana ada tandatanya besar yang sedang berlegar mengenai batang tubuh PN ketika ini.

Sudah pasti mereka merasa ada yang jelas belum beres kerana pada mesyuarat berkenaan tidak kelihatan kelibat bekas Timbalan Presiden Bersatu,Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan seorang pun dari teamnya.

Dari segi lojiknya ketiadaan mereka mudah terjawab kerana status Hamzah dan orang-orang kepercayaannya kini merupakan orang yang tidak berparti selepas dipecat dari Bersatu naru-baru ini.

Tolak sebelah hakikat itu…satu dunia sedia maklum Hamzah dan orang-orangnya tidak hilang ditiup angin lalu dan sebaliknya terus kekal menjadi faktor penting dalam PN.

Mana mungkin team Hamzah yang ada 19 Ahli Parlimen boleh dijentik keluar dari percaturan politik PN.

Apa yang semua orang sedang mengintai dalam kelambu PN ialah jalan penyelesaian bagi kedudukan mereka.

Apakah mereka akan menyelit masuk balik ke dalam PN sebagai sebuah entiti baru menerusi sebuah parti politik baru atau bagaimana.

Bukan rahsia lagi selama ini PAS dikatakan lebih condong pada team Hamzah berbanding team Muhyiddin dicelah pergeseran antara antara keduanya yang sudah tidak nampak titik temu.

Juga jangan lupa insiden baru ini antara Muhyiddin dan Samsuri yang mencuri perhatian ramai.

Ini bila Presiden Bersatu itu kata sekalipun Samsuri terajui PN ia bukan jaminan beliau calon Perdana Menteri ( jika PN menang pilihanraya umum )

Samsuri balas balik bahawa Muhyiddin juga bukan calon untuk jawatan itu.

Mesyuarat Majlis Tertinggi PN hari ini telah melakukan beberapa perubahan jawatan dalam gabungan itu.

Muhyiddin selaku Presiden Bersatu kini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PN bersama Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man,Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau dan Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), P Punithan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilantik , sebagai Setiausaha Agung PN yang baharu menggantikan Datuk Seri Azmin Ali.

Azmin yang sebelum ini meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung PN pada Januari lalu, ‘diturunkan pangkat’ sebagai Timbalan Setiausaha Agung PN.

Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat pula, Tan Sri Annuar Musa dilantik sebagai Ketua Penerangan PN.

Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, menggantikan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang ditukar portfolio kepada Bendahari Agung.

Ketua Wanita yang sebelum ini digalas oleh Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, pula kini dipegang Pemangku Ketua Srikandi Bersatu Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Mas Ermieyati kini digantung keahlian daripada Bersatu selama dua penggal atau enam tahun kerana melanggar perlembagaan dan kod tatakelakuan.

Perubahan juga akan dibuat pada jawatan penting yakni Ketua Pembangkang yang sebelum ini disandang oleh Hamzah.

Samsuri beritahu sidang akhbar selepas mesyuarat berkenaan jawatan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia akan dipegang oleh seorang Ahli Parlimen dari PAS.

Menurut beliau namanya akan diumumkan sebelum akhir Mac ini.

Samsuri kata bagi pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri pula, ia ditangguhkan ke mesyuarat akan datang.

“Ia akan dibuat setelah saya melakukan lawatan kerja ke semua negeri selepas Aidilfitri,” katanya.- 14/3/2026

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button