
Amira terpilih terus ketuai MUDA…
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) agak sinonim dengan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.Ini kerana Ahli Parlimen Muar itu bukan sahaja pengasas MUDA tetapi juga pengerak utama parti.
Namun beliau terus tegas dengan pendirian menolak untuk menerajui semula parti itu kerana kes mahkamah yang dihadapinya belum beres.
Pemilihan sulong MUDA di Petaling Jaya hari ini menyaksikan ADUN Puteri Wangsa, Amira Aisya Abd Aziz jadi Presiden bagi penggal 2026-2029.
Jawatan Timbalan Presiden pula dipegang Zaidel Baharuddin, manakala Naib-naib Presiden adalah Leben Siddarth, Faezrah Rizalman, Zairul Afiq, Dobby Chew dan Dr Siva.
Kedudukan Setiausaha Agung disandang Ainie Haziqah dan Ketua Penerangan dipegang oleh Rasid Abu Bakar.
Seterusnya jawatan Bendahari Agung dan lima lantikan tambahan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (di bawah kuasa Presiden) akan dimaklumkan selepas cuti Aidilfitri.
Pada penggal sebelum ini, Amira Aisya menyandang jawatan Pemangku Presiden selepasSyed Saddiq melepaskan kedudukan Presiden.
Syed Saddiq berdepan empat pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Armada Bersatu berjumlah RM1.12 juta.
Beliau pada asalnya disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan.
Ahli parlimen Muar itu meletak jawatan sebagai presiden MUDA selepas sabitan awal pada 2023.
Sejak itu, beliau terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen yang aktif dan turut meluangkan masa sebagai pempengaruh media sosial.
“Saya masih berpegang teguh pada prinsip bahawa MUDA dan Malaysia memerlukan kepimpinan yang lebih putih daripada putih.
Dalam kenyataan sebelum pemilihan parti kali ini Syed Saddiq kata sehingga namanya dibersihkan sepenuhnya dan secara muktamad di mahkamah adalah tidak wajar untuknya bertanding apa-apa jawatan.- 14/3/2026



