
Hishamuddin juga sudah hantar surat kepada UMNO…
Rupanya bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishamuddin Hussein diam-diam sudah serah surat permohonan untuk aktif semula dalam UMNO.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan Ahli Parlimen Sembrong itu sudah serah surat berkekanaan.
Menerusi laman facebooknya beliau turut menyifatkannya berita yang cukup syahdu dan menggembirakan di malam-malam terakhir Ramadan.
Malah, beliau turut berdoa semoga Allah SWT memberkati UMNO sebagai Rumah Bangsa untuk terus memperjuangkan agenda Islam, Melayu dan negara keseluruhannya.
“Selain Khairy Jamaluddin, ramai lagi pemimpin-pemimpin yang pernah menabur jasa telah menyerahkan surat permohonan untuk kembali bersama memperkuatkan wadah perjuangan Rumah Bangsa ini termasuk Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein,” katanya.
Sebelum ini timbul sikit isu bila Hishamuddin dikatakan persoal mengenai keperluan membatalkan tindakan pengantungan beliau.
Hshamuddin dikenakan tindakan digantung keahlian pada Januari 2023.-16/3/2026
Jadi ke tidak Hishamuddin kembali aktif dalam UMNO ?
Isunya nampak kecil tetapi ikut ceritanya boleh jadi batu penghalang bagi Datuk Seri Hishamuddin Hussein kembali aktif dalam UMNO.
Ada persoalan yang berbangkit selepas bekas Naib Presiden UMNO ini beri reaksi positif menyambut gerakan ‘buka pintu’ UMNO nak terima balik mereka yang digantung atau dipecat dari UMNO.
Ahli Parlimen Sembrong itu dikatakan tegas dengan pendirian mahu UMNO tarik balik tindakan gantung selama enam tahun sejak Januari 2023 yang dikenakan keatasnya.
Hishammuddin sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk kembali berjuang bersama UMNO.
Beliau menyambut baik keterbukaan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk membuka pintu kepada mereka yang digantung ataupun dipecat kembali ke ‘Rumah Bangsa’.
Bagaimanapun kata Hishamuddin yang menjadi persoalan mengenai kedudukannya, apakah puncuk pimpinan parti itu menarik balik penggantungan keahliannya.
“Jika ikhlas pendirian pucuk pimpinan parti untuk menarik balik penggantungan terhadap diri saya, saya akan kembali terus berjuang demi parti UMNO,” katanya dalam satu hantaran video di akaun media sosial miliknya.
Dalam pada itu ada sumber yang kata UMNO sedia terima balik Hishamuddin jika beliau menulis surat memohon balik pada parti.
Katanya itu cuma aturan biasa tertib dalam parti.
Hishammuddin tidak lama dulu ada berkata selepas tahu mengenai penggantungannya melalui media pada malam 27 Januari 2023 dan menerima surat rasmi mengenai alasan penggantungan itu, iaitu kerana melanggar Perlembagaan UMNO, beliau tidak diberikan sebarang penjelasan atau perincian lanjut sehingga hari ini mengenai kesalahan spesifik yang didakwa dilakukan dan tidak dipanggil membela diri atau dibicarakan di hadapan Jawatankuasa Disiplin. – 14/3/2026
Hishamuddin juga ‘nak kembali’ pada UMNO
Selepas Khairy Jamaluddin…seorang lagi nama besar dalam arus kepimpinan UMNO,Datuk Seri Hishamuddin Hussein turut beri respon yang positif terhadap gerakan ‘buka pintu’ parti kepada bekas ahli yang dipecat atau digantung.
Bekas Naib Presiden UMNO dan bekas menteri kanan itu menyuarakan reaksi beliau menerusi hantaran di facebook pada gerakan yang diumum oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.
Hishamuddin yang juga sebelum ini Ketua UMNO Bahagian Sembrong,Johor dan masih Ahli Parlimen kawasan itu telah digantung keahlian selama enam tahun sejak Januari 2023.
Sejak digantung beliau kelihatan seolah tidak berhaluan namun tidak pernah beri sebarang petanda hendak menyertai parti lain dan sebagainya.
Beliau berterima kasih kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang membuka pintu seluas-luasnya kepada mana-mana bekas ahli yang pernah dipecat, digantung keahliannnya untuk bersama-sama kembali menyertai UMNO.
“Jadi hari ini apabila pimpinan telah membuat pendirian, saya rasa penting beritahu kepada warga Sembrong dan pimpinan UMNO Sembrong terlebih dahulu bahawa tak timbul masalah langsung bagi saya untuk terima apa yang dinyatakan presiden parti.
“Kalau betul mereka ikhlas dan tarik balik penggantungan, saya akan kembali berjuang dalam UMNO, rapatkan barisan kita dalam UMNO Sembrong, UMNO Johor untuk perkasa dan perkukuhkan parti keramat UMNO,” katanya.
Menurut Hishamuddin untuk menyertai UMNO bukanlah keputusan sukar baginya.
“Dalam tiga tahun saya digantung, saya tidak pernah keluar parti pun,”katanya.- 12/3/2026



