FOKUS

Pembinaan ECRL capai 92.62 peratus, operasi bermula 2027

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mencatat kemajuan pembinaan sebanyak 92.62 peratus setakat Februari 2026, selari dengan jadual penyiapan jajaran dari Kota Bharu, Kelantan ke Gombak, Selangor menjelang akhir tahun ini sebelum beroperasi secara komersial bermula Januari 2027.

Amir Hamzah Azizan berkata jajaran ECRL dari Gombak ke Pelabuhan Klang di Selangor pula dijangka siap menjelang Disember 2027 dan akan beroperasi sepenuhnya pada Januari 2028.

Beliau berkata pengoperasian komersial tren elektrik Pelbagai Gerabak (EMU) dan Lokomotif Elektrik (E-Loco) bakal membuka lembaran baharu dalam memperkukuh ECRL sebagai mod pengangkutan hijau bagi penumpang dan kargo, merentasi rangkaian rel elektrik sepanjang 665 kilometer di negeri-negeri Pantai Timur dan Selangor.

“Projek ECRL juga mencatat satu lagi pencapaian penting hari ini dengan selesainya pembinaan landasan jajaran utama sepanjang 519 kilometer dari Kota Bharu ke Gombak lebih awal daripada jadual.

“Pencapaian ini jelas mencerminkan dedikasi tinggi serta kerjasama erat antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan China Communications Construction Company (CCC)-ECRL serta sokongan padu daripada semua pihak yang terlibat,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pemeteraian Perjanjian Pelantikan Penyelaras Utama Bersama (JLC) bagi pengurusan risiko pertukaran asing projek ECRL serta penyempurnaan pembinaan landasan ECRL dari Kota Bharu ke Gombak di Stesen ECRL Terminal Bersepadu Gombak.-16/3/2026

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button