YANG VIRAL

PM umum diskaun tol 50 peratus sempena Aidilfitri…

Sempena Hari Raya Aidilfitri kerajaan beri diskaun tol sebanyak 50 peratus bagi mengurangkan kos perjalanan rakyat pulang ke kampung halaman dan sebagainya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beritahu menerusi satu kenyataan diskaun itu akan berkuat kuasa mulai pukul 12.01 tengah malam pada 18 Mac (Rabu) hingga pukul 11.59 malam 19 Mac (Khamis) ini.

Jelasnya, ia melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 di semua lebuh raya, kecuali di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA).

Inisiatif ini melibatkan tanggungan kewangan berjumlah RM21.03 juta bagi tujuan pampasan kepada syarikat konsesi tol.

Disamping itu Anwar beritahu Kerajaan MADANI menerusi Jabatan Insolvensi Malaysia juga akan melaksanakan ikhtiar pelepasan kebankrapan secara Fast Track.

Bersempena Aidilfitri ini sekitar 4,000 individu khususnya ibu dan bapa tunggal akan dibebaskan daripada belenggu kebankrapan.- 17/3/2026

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button