Majlis perasmian sidang Dewan Undangan Negeri Sembilan pagi Khamis terus berlangsung seperti biasa sekalipun tanpa kehadiran empat Undang Luak dan Tuanku Besar Tampin.
The Yang di-Pertuan Besar of Negri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir kata ketidakhadiran tetamu berkenaan tidak menjejaskan majlis.
Baginda bertitah pentabiran negeri harus berfungsi seperti biasa.
Dalam titah perasmian Baginda menegaskan kepentingan rakyat harus diutamakan.
Baginda tiba di perkarangan bangunan dewan negeri pada jam 9.30 pagi disambut Mentri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Turut hadir menyambut ialah Speaker Datuk MK Ibrahim Abd Rahman dan Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Mohd Zafir Ibrahim.
Lewat malam tadi empat Undang Luak Bersama Tunku Besar Tampin dalam kenyataan Bersama menasihatkan agar Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan Ke-15 yang dijadualkan pada 23 April ini ditangguhkan sementara.
Ketetapan itu dibuat sehingga selesai segala proses adat dan undang-undang berhubung peralihan tampuk pemerintahan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 yang menurut kenyataan tersebut telah dilantik.
Kenyataan media bersama itu dikeluarkan atas nama Undang Luak Sungei Ujong, Dato’ Klana Petra Dato’ Haji Mubarak Dohak; Undang Luak Jelebu, Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman Dato’ Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Dato’ Muhammed Abdullah; Undang Luak Rembau, Dato’ Sedia Raja Dato’ Haji Abdul Rahim Yasin; serta Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Syed Idrus Al-Qadri.
Dalam kenyataan itu, mereka merujuk kepada “sabda pemecatan” Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir pada 19 April 2026, sebelum menegaskan bahawa penangguhan sidang DUN perlu dibuat bagi memberi laluan kepada penyempurnaan proses peralihan pemerintahan menurut Perkara 11 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
Mereka turut mendakwa berdasarkan Perkara 10(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, Menteri Besar “tiada pilihan selain patuh” kepada kehendak peruntukan tersebut. Kenyataan sama juga menyebut kuasa itu dilindungi di bawah Perkara 71(1) dan 71(2) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 79 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
Pada masa sama, mereka memutuskan secara sebulat suara untuk tidak menghadiri Majlis Perasmian Sidang DUN Negeri Sembilan yang dijadualkan berlangsung esok,Khamis.
Kehadiran Undang Yang Empat adalah sebahagian daripada protokol pembukaan sidang DUN Negeri Sembilan.
Kenyataan itu termaktub di Balai Undang Sungei Ujong pada 22 April 2026 bersamaan 4 Zulkaedah 1447 Hijrah.
Majlis perasmian sidang DUN Negeri Sembilan jadi tumpuan ramai ekoran krisis istana…
Perhatian ramai pada Khamis pasti bertumpu pada majlis perasmian pembukaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ke-15 oleh Yang di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Ini gara-gara majlis berlangsung ditengah di tengah-tengah konflik kedudukan Tuanku Muhriz yang dipecat oleh undang negeri.
Pada Ahad 19 April empat undang Negeri Sembilan yakni Undang Sungei Ujong Datuk Mubarak Dohak, Undang Jelebu Datuk Maarof Mat Rashad, Undang Johol Datuk Muhammed Abdullah and Undang Rembau Datuk Abdul Rahim asin – telah tandatangan deklarasi untuk pecat Tuanku Muhriz.
Setiausaha Kerajaan Negeri Mohd Zafir Ibrahim berkata pada wartawan majlis perasmian dan persidangan DUN berjalan seperti biasa.
Katanya Tuanku Muhriz dijadual menyampaikan titah diraja bersempena dengan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat pada 10 pagi.
Sebelum perasmian, Tuanku Muhriz dijadualkan menerima tabik hormat diraja dan memeriksa kawalan kehormatan yang akan diketuai oleh tiga pegawai serta 103 anggota Batalion ke-14 Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Syed Sirajuddin, Gemas.
Sebelum ini, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun menolak tindakan undang Luak Sungei Ujong,Mubarak Dohak membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz di Balai Undang Luak Sungai Ujong.
Aminuddin berkata Mubarak tidak lagi mempunyai kuasa dan fungsi sebagai undang Luak Sungei Ujong, selain tidak selaras dengan Perkara 10 hingga 12 Undang Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
Lazimnya, majlis turut dihadiri Tunku Besar Tampin dan Undang Yang Empat.
Namun susulan kemelut yang melanda, kehadiran mereka mencetuskan tanda tanya.
Mubarak yang dipecat daripada jawatannya, difahamkan tidak menerima undangan bagi majlis esok.
Bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Rais Yatim berpandangan tindakan Undang Yang Empat menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai sah.
Namun jelasnya, undang harus menyediakan laporan lengkap dan menyenaraikan kesalahan Tuanku Muhriz dan setelah itu dicop mohor atas kertas dan ditandatangani menteri besar sebagai saksi.- 22/4/2026
Pengisytiharan turunkan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan tidak diiktiraf – MB
SEREMBAN: Tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungai Ujong, pada Ahad, tidak boleh diterima atau diiktiraf.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam kenyataan memaklumkan, ini kerana Mubarak tidak lagi mempunyai kuasa dan fungsi sebagai Undang Luak Sungei Ujong, selain tidak selaras dengan Perkara 10 hingga 12 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.
Beliau berkata, pemberhentian Mubarak sebagai penyandang pesaka Datuk Klana Petra Luak Sungei Ujong dibuat mengikut pesaka dan adat Telaga Undang, Waris Klana Hulu, Sungei Ujong sejak 13 Mei 2025.
Aminuddin berkata, Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan pada 17 April lepas bersetuju menasihati dan menerima kesepakatan Telaga Undang, Waris Klana Hulu, Luak Sungei Ujong yang memberhentikan Mubarak sebagai penyandang pesaka Datuk Klana Petra Luak Sungei Ujong ke-10.
Beliau berkata, ini selaras dengan peruntukan Fasal 14(3) UUTKNS atas 33 kesalahan berkaitan pesaka dan adat Telaga Undang, Waris Klana Hulu, Luak Sungei Ujong.
“Saya ingin memaklumkan bahawa fungsi DKU Negeri Sembilan ialah berperanan sebagai badan penasihat atas perkara berkaitan adat istiadat orang Melayu termasuk soal pemilihan dan perlucutan jawatan Undang Luak yang empat seperti diperuntukkan dalam Perkara 16 UUTKNS.
“Ini termasuk dalam urusan pemberhentian seseorang Undang Luak daripada memegang pesaka mengikut adat luaknya mengikut Fasal 14(3) UUTKNS,” katanya.
Aminuddin berkata, nasihat penerimaan oleh DKU terhadap pemberhentian penyandang pesaka Datuk Undang Luak di Negeri Sembilan juga pernah dilaksanakan sebelum ini apabila penyandang pesaka Undang Luak Johol ke-14 Datuk Mohammad Jan Abdul Ghani diberhentikan pada 27 Mac 2016 atas 13 kesalahan berkaitan pesaka dan adat Luak Johol.
Jumaat lepas, DKU menerima pemberhentian Mubarak sebagai penyandang pesaka Undang Luak Sungei Ujong susulan sidang khas yang diadakan di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah yang dipengerusikan Tuanku Muhriz.
Aminuddin dilaporkan berkata pada sidang khas itu, Tuanku Muhriz menguatkuasakan Fasal 24 UUTKNS 1959 dengan menjemput Ibu Soko Klana Hulu dan Waris Klana Hulu untuk turut bersama ke sidang khas berkenaan.
20/4/2026

