YDP Agong penentu siapa KP SPRM

Hal ini sudah terang lagi jelas.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sendiri memaklumkan hal berkenaan menerusi satu hantaran di Facebook.

Baginda menegaskan bahawa tiada keperluan untuk mana-mana pihak mempolitikkan pelantikan tersebut.

Ini adalah berkaitan perlantikan calon baharu bagi menerajui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kenyataan ini dilihat sebagai peringatan agar proses pemilihan kepimpinan institusi penting negara kekal bebas daripada sebarang pengaruh politik.

Menurut baginda jawatan ini amat penting dalam memastikan SPRM berfungsi secara berkesan, khususnya dalam usaha membanteras rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa.

Penegasan itu sekali gus mencerminkan keutamaan terhadap integriti dan kecekapan dalam kepimpinan agensi berkenaan.

Dalam hantaran sama, baginda bertitah bahawa baginda sendiri akan menentukan calon terbaik selepas tamat tempoh perkhidmatan Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika ini, Tan Sri Azam Baki, yang dijangka berakhir pada Mei 2026.

Terdahulu, Azam dilantik semula untuk tempoh setahun berkuat kuasa 12 Mei 2025, selepas kontrak perkhidmatan beliau sebelum itu turut disambung selama setahun pada Mei 2024.- 23/4/2026

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.