Menteri Besar Negeri Sembilam Datuk Seri Aminuddin Harun pada petang Isnin tampil menyuarakan pendirian pada ketika pelbagai spekulasi sedang berlegar mengenai kedudukan kerajaan Negeri Sembilan setelah 14 Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO tarik sokongan.
Berikutan perkembangan terbaru ini Pakatan Harapan ada 17 kerusi, BN 14 manakala Perikatan Nasional 5 kerusi.Sebanyak 19 kerusi diperlukan untuk bentuk kerajaan negeri.
Terdapat desas desus mengatakan BN mungkin bergabung dengan PN yakni 14 kerusi DUN campur 5 kerusi iaitu 19 untuk bentuk kerajaan negeri.
Bercakap dalam sidang akhbar di kediaman rasmi beliau di Seremban,Aminuddin beritahu beliau telah dapat petunjuk dari Yang di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Aminuddin Harun berkata, beliau akan terus berkhidmat seperti biasa di sebalik tindakan 14 Adun UMNO sudah menarik sokongan mereka daripadanya selaku Menteri Besar Negeri Sembilan.
Katanya ketika mengadap beliau telah dititahkan untuk terus mentadbir selagi belum ada “kejelasan muktamad”.
Maksud ‘kejelasan muktamad’ adalah seperti usul undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Setelah melalui pertimbangan wajar, Tuanku nasihat dan menitahkan agar saya menjalankan tanggungjawab sebagai menteri besar selagi belum ada kejelasan muktamad.
“Kerajaan negeri akan terus berjalan seperti biasa, kepentingan rakyat jadi keutamaan.
“Itu titah Tuanku, perkara itu masih belas jelas. Kerajaan minoriti boleh jalankan tanggungjawab,” katanya dalam sidang media itu.
Ekoran perkembangan itu PN kemudian mengumumkan kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan BN bagi membentuk kerajaan.
Kelima-lima ADUN PN di Negeri Sembilan mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Seremban.
PN mempunyai lima ADUN dalam DUN Negeri Sembilan iaitu tiga daripada PAS (Kamarol Ridzuan Mohd Zain, Paroi; Abdul Fatah Zakaria, Bagan Pinang; dan Mohd Fairuz Mohd Isa, Serting).
Dua lagi mewakili Bersatu iaitu Mohamad Hanifah Abu Baker (Labu) Ridzuan Ahmad (Gemas).
Aminuddin berkata beliau memang terkejut dengan tindakan yang diambil oleh ADUN UMNO kerana hubungan mereka sebelum ini tidak bermasalah.
Malah katanya, UMNO sendiri yang meminta supaya persidangan DUN ditangguhkan baru-baru ini.
“Empat exco jumpa saya meminta persidangan ditangguhkan… permintaan daripada BN (Umno) sendiri dan kita setuju tangguh,” katanya lagi.
Aminuddin menjelaskan krisis ini juga tidak akan membawa kepada pembubaran DUN.
Namun beliau sedia berdepan dengan undi tidak percaya di DUN.
“Belum ada pandangan tersebut (bubar DUN), bukan mudah dalam situasi sekarang.
“Patut dia (ADUN UMNO) bawa usul undi tidak percaya. Saya terima apa sahaja keputusan.
“Kita akan teruskan pentadbiran kepada rakyat, kita yakin mampu tadbir negeri, sebab yang menarik sokongan adalah mereka (UMNO),” katanya. -27/4/2026

