Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan ulas apa-apa setakat ini mengenai perkembangan krisis pentadbiran di Negeri Sembilan.
Ditemui wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur pada Isnin beliau hanya kata akan maklum mengenai isu berkenaan kemudian.
“MB (Menteri Besar) dan PH, kita akan umumkan kemudian,”katanya.
Sementara itu Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi yang ditemui di satu majlis lain di Kuala Lumpur kata UMNO dan BN peringkat pusat akan menilai tindakan dan implikasi politik dari tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan tarik sokongan pada Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Beliau bagaimanapun menjelaskan pimpinan pusat hanya dimaklum selepas keputusan dibuat oleh UMNO Negeri Sembilan.
Katanya beliau mungkin akan adakan pertemuan dengan Presiden PKR yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bincang hal berkenaan.
Ditemui wartawan selepas satu majlis di WTC Kuala Lumpur pada Isnin,Zahid kata beliau juga akan adakan pertemuan dengan wakil rakyat UMNO Negeri Sembilan.
Menurutnya hal berkenaan juga akan dirujuk kepada Biro Politik UMNO.
Zahid juga menjelaskan parti hormati dan akur keputusan dibuat oleh pimpinan UMNO Negeri Sembilan.
“Dalam sistem UMNO kita hormati dan akur keputusan dibuat oleh pimpinan UMNO negeri.
Ditanya mengenai kesediaan lima ADUN Perikatan Nasional untuk bergabung dengan ADUN UMNO bentuk kerajaan negeri beliau menilai tindak tanduk mereka sebagai ‘ oportunis’.- 27/4/2026

