Bila krisis pertukaran MB Perlis ramai pentaksub yang marah,malah adun PAS yang menyokong untuk menukarkan MB juga dipecat dari parti
Ada juga yang minta agar pilihanraya negeri diadakan sebagai tanda protes tindakan menebuk atap yang dilakukan oleh adun- adun mereka di Perlis
Cacian dan makian atas tindakan tebuk atap itu jangan dikira,bergunung dimaki oleh penyokong mereka
Tetapi apabila krisis di negeri sembilan berlaku lain pula nadanya,apabila saya menyatakan tidak bersetuju tindakan tebuk atap,maka berbondong makian diberikan kepada saya
Prinsip saya jelas,malah telah dinyatakan secara terbuka dalam ucapan saya sebelum ini
UMNO tarik sokongan dari kerajaan perpaduan tetapi bukan untuk menebuk atap dan gila jawatan,kita tarik sokongan atas sebab kita tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh PH
Kita menghormati mandat rakyat,sebab itu saya nyatakan sebelum ini tarik sokongan dan jadi pembangkang yang bermaruah,jika menarik sokongan dan kerajaan tumbang maka kita harus melalui proses pilihanraya untuk kita serahkan semula kepada rakyat bukan dengan cara tebuk atap
Apabila adun-adun PN boleh menyatakan sokongan kepada BN di negeri sembilan ini menunjukkan perkembangan yang baik untuk parti-parti melayu ini boleh duduk bersama
Tetapi duduk bersama bukan menebuk atap,tetapi saya mengajak untuk sama-sama kita bekerjasama dalam pilihanraya seperti mana pendirian saya dalam “keluar sekejap” sebelum ini untuk saya melihat kerjasama UMNO dan Pas itu berlaku
Jika pentaksub,yang menguntungkan mereka semuanya halal,yang merugikan mereka semua haram itu bezanya dengan orang yang berprinsip
Maka rakyat perlukan pemimpin yang berprinsip bukan pentaksub
Saya kekal dengan prinsip saya sejak dari dulu lagi,untuk UMNO tarik sokongan dari kerajaan perpaduan dan jadi pembangkang yang bermaruah ataupun kita hadapi pilihanraya bukan dengan cara menubuhkan kerajaan secara tebuk atap!
facebook Dr Akmal Saleh,Ketua Pemuda UMNO – 28/4/2026

