Harga RON95 naik RM3.97…RON97 RM4.90

Harga RON97 dan RON95 tanpa subsidi menyaksikan kenaikan bagi tempoh 30 April hingga 6 Mei 2026.

Harga runcit bagi RON97 meningkat sebanyak lima sen kepada RM4.90 seliter berbanding RM4.85 seliter sebelum ini.

Bagi RON95 tanpa subsidi pula, harga baharu ditetapkan pada RM3.97 seliter, naik 10 sen berbanding RM3.87 seliter minggu lalu.

Sementara itu, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal tidak berubah pada paras RM5.12 seliter.

Hal ini diumum Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan Rabu.

Dalam pada itu, harga bahan api bersubsidi secara bersasar bagi rakyat dan sektor tertentu kekal seperti berikut:

RON95 (BUDI95) pada RM1.99 seliter, diesel di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pada RM2.15 seliter, Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) pada RM2.05 seliter serta Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) pada RM2.15 seliter.

“Kerajaan menyeru rakyat agar terus menggunakan bahan api secara berhemat bagi membantu memperkukuh kestabilan bekalan negara.

“Pendekatan berhemah akan terus diambil bagi melindungi rakyat daripada kesan turun naik harga global, di samping memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin,” menurut kenyataan itu- 29/4/2026.

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.