Untuk tempoh 7 Mei hingga 13 Mei ini harga diesel dan RON95 tanpa subsidi naik 5 sen.
Satu kenyataan Kementerian Kewangan beritahu harga diesel meningkat daripada RM5.12 seliter kepada RM5.17 seliter manakala harga RON95 tanpa subsidi pula meningkat daripada RM3.97 seliter kepada RM4.02 seliter.
Harga RON97 pula kekal pada RM4.90 seliter bagi tempoh berkenaan.
“Harga petroleum kekal tinggi melebihi AS$100 setong berikutan ketiadaan penyelesaian terhadap konflik di Asia Barat,” jelas Kementerian Kewangan dalam kenyataan.
Menurutnya Kerajaan MADANI terus mengekalkan harga produk petroleum bersubsidi secara bersasar bagi membantu memelihara kelangsungan hidup rakyat.- 6/5/2026

