Siapa?…Azam Baki kata SPRM akan cadang dakwa dua individu kes pelaburan RM1.1 billion

Pasaran spekulasi dan gosip politik kini ligat berputar dengan teka teki siapa dua individu yang bakal didakwa dalam kes pelaburan bernilai RM1.1 bilion antara Kementerian Ekonomi dan Arm Holdings.

Setakat ini antara 22 saksi yang duipanggil beri keterangan termasuk bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas pegawainya, James Chai.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang beritahu mengenai kemungkinan dua individu berkenaan didakwa bagaimanapun tidak mendedahkan identiti mereka.

Beliau telah menyentuh tentang siasatan perjanjian kerjasama strategik industri semikonduktor itu dalam siding akhbar di ibupejabat SPRM pada Rabu.

Hal berkenaan antara lain diuruskan oleh Kementerian Ekonomi semasa Rafizi menterinya.

Kata Azam Baki,” pada peringkat ini kami telah kenalpasti dua individu yang dicadangkan untuk didakwa di mahkamah”.

“Tetapi saya tidak kata mereka pasti akan didakwa .Penyiasat boleh mencadangkan sekiranya bukti menepati di bawah undang-undang …tetapi keputusan terakhir terletak dibawah Peguam Negara.”

Azam Baki kata “Masih ada dua lagi saksi akan dipanggil iaitu seorang di Taiwan dan seorang lagi di dalam negara.”

Beliau berkata, pegawai penyiasat SPRM sudah melengkapkan siasatan berkaitan unsur jenayah dalam kes itu namun keputusan akhir bergantung kepada Jabatan Peguam Negara.

Jelasnya, pegawai penyiasat melihat kepada elemen jenayah, tetapi keputusan itu (pertuduhan) terpulang kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menentukan sama ada terdapat kes atau sebaliknya.

Azam Baki kata “Saya tidak boleh dedahkan siapa (dua individu terbabit), tetapi kami mencadangkan supaya pertuduhan dibuat.

“Terpulang kepada AGC sama ada akan tuduh atau tidak, jika tiada saya akan nyatakan (perkembangan),” ujarnya.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan hari ini beri keterangan kepada SPRM untuk hari ketiga.Keterangan hari pertama bermula Isnin.

James Chai yang kini berkerja di United Kingdom juga sudah selesai beri keterangan di ibupejabat SPRM.

Rafizi kebelakangan ini berkali kali menegaskan urusan berkenaan telah dikendalikan dengan sempurna.- 6/5/2026

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.