Kerajaan sedang teliti cadangan semak semula pemberian subsidi minyak kepada golongan berpendapatan tinggi….

Harap golongan T20 yakni mereka yang berpendapatan tinggi tidak melompat mendapat khabar ini.Mengikut cakap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ia baru diperingkat ‘teliti cadangan’.

Beliau beritahu hari ini kerajaan sedang meneliti cadangan untuk menyemak semula pemberian subsidi minyak yang turut dinikmati golongan T20 ketika ini.

Katanya cadangan berkenaan sedang diteliti oleh Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikan Tan Sri Mohd Hassan Marican sejak sebulan lalu.

Bercakap kepada wartawan selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Mahasiswa India di Universiti Malaya (UM) di Kuala Lumpur Anwar kata setakat ini keputusan belum dibuat lagi.

“Jadi, mereka sedang menelitinya. Saya harap kita akan memuktamadkannya nanti,” katanya.

Buat masa ini semua golongan rakyat termasuk berpendapatanm tinggi menikmati subsidi minyak.

Ada juga pihak yang berpandapat subsidi yang kini semakin membebankan kerajaan kerana krisis Asia Barat harus bertumpu kepada golongan B40 sahaja.

Perdana Menteri diminta mengulas cadangan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Akmal Saleh agar kerajaan tidak beri subsidi minyak itu kepada golongan T20.

Menurut Akmal kerajaan harus laksana pemberian subsidi bersasar dengan lebih ketat.

T20 adalah 20% isi rumah berpendapatan tertinggi di negara ini manakala B40 merujuk kepada 40% isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia.- 10/5/2026

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.