Banyak kejayaan telah dicapai sepanjang enam tahun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diterajui Tan Sri Azam Baki.Ini termasuk penahanan,pendakwaan berkaitan rasuah serta penyitaan dan lucut hak serta pemilihan asset negara.
Satu kenyataan Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM, Hisyam Mohd Yusoff juga beritahu sepanjang 2020 sehingga hari ini,banyak kes berprofil tinggi berjaya diselesaikan.
Beliau berkata, dalam tempoh berkenaan, SPRM berjaya menghasilkan 2,843 pertuduhan dengan 1,459 kes berakhir dengan sabitan.
“Dari aspek tangkapan, sebanyak 6,643 individu ditahan bagi tempoh 2020 hingga hari ini.
“Tahun 2024 mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi iaitu 1,334 tangkapan, diikuti 2025 (1,145), 2023 (1,137) dan 269 tangkapan bagi tahun ini.
“Sebanyak 2,843 pertuduhan direkodkan sepanjang tempoh itu dengan 2021 mencatatkan jumlah pertuduhan tertinggi iaitu 525 kes, diikuti 480 pada 2020 dan 475 kes pada 2025, selain 73 pertuduhan setakat tahun ini.
“Dari segi sabitan, 2021 mencatatkan jumlah sabitan tertinggi iaitu 300 kes, diikuti 256 kes pada 2024 dan 255 kes pada 2022. Bagi Januari lalu hingga kini, sebanyak 39 kes sabitan direkodkan,” katanya.
Mewnurut Hisyam berdasarkan data statistik keseluruhan operasi SPRM bagi tempoh 2020 hingga 2026, jumlah maklumat diterima adalah 40,648 dan membuka 5,997 kertas siasatan dengan 2024 mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 1,163 kertas siasatan diikuti 2023 (1,026), 2025 (975), manakala 328 siasatan dimulakan tahun ini.
Beliau berkata, dari aspek penyitaan dan lucuthak, SPRM mencatatkan nilai keseluruhan sitaan, pembekuan, lucuthak, kompaun dan penyelesaian bernilai keseluruhan RM16.29 bilion bagi tempoh 2020 hingga 28 Februari lalu.
Katanya, tindakan diambil mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) serta Kanun Tatacara Jenayah.
SPRM di bawah Azam juga berjaya melaksanakan pemulihan aset negara yang dicuri bernilai RM15.5 bilion menerusi sejumlah operasi berprofil tinggi antara 2021 hingga awal tahun ini.- 11/5/2026

