Malaysia masuk fasa Monsun Barat Daya bermula hari ini

Negara dijangka memasuki fasa Monsun Barat Daya bermula hari ini yang lazimnya membawa taburan hujan lebih rendah serta cuaca lebih panas dan kering di kebanyakan kawasan. Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan air secara berhemah serta mengelakkan aktiviti pembakaran terbuka yang boleh mencetuskan jerebu dan pencemaran udara. “Dalam tempoh ini juga, hujan lebat, angin kencang dan ribut petir masih boleh berlaku di beberapa kawasan tertentu. “Justeru, sentiasalah berwaspada dan rujuk maklumat cuaca terkini yang sahih melalui MET Malaysia. Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan dipermudahkan segala urusan, Insya-Allah,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini. Tambahnya, orang ramai diminta sentiasa berwaspada dan merujuk maklumat cuaca terkini yang sahih melalui Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).-14/5/2026
This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.