Agenda DAP mahu kurangkan kuasa Raja-Raja

ARMADA BERSATU Malaysia mengecam keras kenyataan biadap Tony Pua. Saat isu kebiadapan dan keceluparan pimpinan DAP semakin berleluasa, saya yakin kenyataan tersebut dibuat dengan sengaja untuk meneruskan polemik dan krisis biarpun disedari boleh menggugat keharmonian dan kesentosaan masyarakat.

ARMADA yakin, DAP akan terus menggasak dan memperlekeh institusi Raja Berperlembagaan kerana mereka berasa kebal. Ini kerana Kerajaan Perpaduan – Madani kini dibawah telunjuk DAP. Sama ada PKR, AMANAH termasuk UMNO, semuanya dibawah telunjuk DAP. Tanpa DAP, mereka tidak mungkin berkuasa.

Maka, tidak ada pemimpin Madani yang akan berani menghentikan kebiadapan yang sedang dilakukan DAP. Sekalipun UMNO dilihat cuba melawan dan mencabar DAP, tapi itu lah hipokrasi mereka. Di Selangor, UMNO ikut Himpunan Daulat Tuanku di Shah Alam, tapi 2 orang ADUN UMNO menikus dalam Dewan Negeri dan tidak berani menegur perbahasan biadap ADUN DAP. UMNO malah turut bersekongkol untuk menolak usul supaya ADUN Seri Kembangan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Selangor.

ARMADA percaya, DAP sedang rancak melaksanakan agenda mereka. Minggu lalu, DAP berjaya ‘menunjuk’ kabinet Madani untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) biarpun ianya bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. UMNO malah menjadikan Tahfiz sebagai perisai mempertahankan UEC.

Justeru, DAP semakin rancak dan berani kerana ketika ini kerana pelbagai agenda mereka berjaya direalisasikan. DAP sedang berada di puncak kekuasaan. Mereka akan terus mencabar institusi Raja Berperlembagaan dan meneruskan polemik ini. Mengapa ? Kerana agenda DAP seterusnya adalah mengurangkan kuasa Raja-Raja.


MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM
KETUA ARMADA BERSATU MALAYSIA
20 MEI 2026

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.