YANG VIRAL
PN Johor tanding semua kerusi, 20 peratus sedang dimuktamadkan
Perikatan Nasional (PN) Johor kini di ambang memuktamadkan rundingan pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dengan 80 peratus daripada pembahagian kerusi telah selesai.
Pengerusi PN Johor, Datuk Seri Dr Sahruddin Jamal, memaklumkan bahawa baki 20 peratus kerusi masih di meja rundingan.
Perbincangan itu melibatkan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) dan cadangan ‘pakatan pilihan raya’ (electoral pact) dengan beberapa entiti lain, termasuk Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Ikatan Prihatin Rakyat (IPR).
“Setakat ini, pembahagian kerusi masih dalam perbincangan, namun, 80 peratus telah selesai.
“PN akan bertanding di semua 56 kerusi negeri,” katanya.
Dalam persiapan gerak kerja pilihan raya, Datuk Sahruddin, turut mengumumkan pengaktifan jentera bagi keempat-empat komponen utama PN: Bersatu, PAS, Gerakan, dan MIPP.
Pada 1 Jun, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, sekali gus membuka laluan kepada PRN negeri itu.
Dalam pada itu, Parti Muda mengumumkan hasratnya untuk mempertahankan kerusi Puteri Wangsa dan mempertaruhkan lebih ramai calon muda dalam gelanggang PRN kali ini.
Sahruddin, selaku Ketua Bersatu Johor, mempunyai sejarah perkhidmatan sebagai Menteri Besar Johor ke-17, memimpin dari April 2019 sehinggalah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) tumbang pada Februari 2020.
Sebagai rekod, PN pernah menganggotai kerajaan negeri Johor pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018, apabila Bersatu dan PAS bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) menyusuli kejatuhan kerajaan PH di peringkat Persekutuan.
Namun, gelombang politik Johor berubah secara drastik pada Mac 2022 apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, membolehkan BN meraih mandat besar dalam PRN Johor, sekali gus mengakhiri penglibatan PN dalam tampuk pentadbiran negeri.-3/6/2026

