Biasanya jarang orang yang mahu mengambil risiko politik dalam suasana sensitif menjelang pilihanraya negeri …namun Menteri Besar Johor,Datuk Onn Hafiz Ghazi ‘tembak terus’ DAP.
Beliau dengan tegas kata BN Johor tidak akan bekerjasama dengan DAP sekiranya parti gabungan itu diberi mandat untuk membentuk kerajaan negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Malah tegasnya beliau lebih rela melepaskan jawatan menteri besar daripada bekerjasama dengan DAP dalam kerajaan negeri.
“Saya lebih rela tidak memegang jawatan menteri besar daripada duduk semeja dengan mereka,” katanya.
Beliau menyuarakan pendirian berkenaan dalam majlis pelancaran jentera pilihan raya negeri (PRN) Johor ke-16 yang di Stadium Educity, Kota Iskandar, Johor Bharu, pada Sabtu.
Katanya, pendirian itu juga telah disampaikan kepada Presiden Umno, yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pengerusi BN Johor itu menjelskan landskap politik Johor berbeza dengan situasi di peringkat Persekutuan dan BN Johor tidak pernah bekerjasama dengan DAP dalam pentadbiran negeri.
menurut Onn Hafiz , pihak yang pernah bersama-sama membentuk kerajaan negeri sebelum ini ialah Bersatu ketika parti itu menjadi sebahagian daripada kerajaan Johor.
DUN Johor yang mempunyai 56 kerusi dibubarkan berkuat kuasa serta-merta pada 1 Jun lalu selepas Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim memperkenankan pembubarannya.-7/7/2026

