“Anda tak nak duduk semeja dengan DAP… hebat! Teruskan keangkuhan kamu.
“Tapi, Presiden anda (Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) tiap-tiap minggu duduk sebelah Setiausaha Agung DAP ya… harap maklum, terima kasih!” katanya.
Itulah reaksi bernada sindirian Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke ulas kenyataan tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Onn Hafiz bahawa beliau lebih rela tidak memegang jawatan Menteri Besar daripada duduk semeja dengan DAP.
Loke mengulas ringkas menerusi satu hantaran di Facebook.
Onn Hafiz menyuarakan pendirian dalam ucapannya pada Majlis Pelancaran Jentera BN Johor, hari ini.
Beliau menegaskan BN Johor tidak akan bekerjasama dengan DAP jika diberi mandat semula untuk membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 ini.-7/7/2026

