Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 tidak sah…

Setelah empat hari berlangsung “Istiadat pemasyhuran” Tunku Datuk Seri Nadzaruddin Tuanku Ja’afar,sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 yang berlangsung di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka ia diisytihar tidak sah serta tidak diiktiraf dari sudut perlembagaan, undang-undang dan adat istiadat negeri itu.

Pengumuman rasmi mengenai kedudukan istiadat itu pada 5 Jun lalu dibuat oleh Pengelola Bijaya Diraja Datuk Azizi Mohamad Ali menerusi satu kenyataan pada Selasa.

“Bagaimanapun, dengan cuba menerima gelaran yang tidak sah itu, Tunku Datuk Seri Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar dengan sendirinya telah melepaskan Gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan yang sebelum ini disandangnya.

Beliau berkata susulan itu, tiada lagi penyandang bagi Gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar.

Tunku Nadzaruddin dilaporkan dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 oleh Undang Yang Empat dalam majlis di sebuah resort di Melaka.

Pemasyhuran itu diisytiharkan oleh Undang Luak Jelebu Maarof Mat Rashad yang mewakili Undang Yang Empat.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudian berkata, kerajaan persekutuan kekal mengiktiraf kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Pada 19 April lalu, Undang Yang Empat mengisytiharkan ‘pemecatan’ Tuanku Muhriz yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 pada 26 Okt 2009 selepas kemangkatan Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman. -9/7/2026

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.