RTM siar semua pelawanan Piala Dunia secara percuma

Kesemua 104 perlawanan Piala Dunia 2026 boleh saluran-saluran utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) di platform MYTV iaitu di TV Okey (saluran MYTV 110) dan Sukan+ (saluran MYTV 111). Menurut maklumat dikeluarkan RTM, ia juga boleh ditonton melalui OTT RTMKLIK dengan memuat turun aplikasi itu secara percuma di Google Play Store (untuk Android) atau Apple App Store (untuk iOS), Huawei AppGalery atau menonton secara dalam talian di laman web rasmi RTMKlik. “Jadual siaran perlawanan akan dikemas kini melalui media sosial rasmi RTM, portal RTM dan aplikasi RTMKLIK,” jelas RTM. RTM memberitahu, semua perlawanan disiarkan secara langsung, namun begitu ia tertakluk kepada perubahan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Jelasnya, RTM juga akan menyediakan ulasan dan komentar dalam Bahasa Melayu, selain Bahasa Inggeris bagi perlawanan tertentu. “Menerusi RTMKLIK perlawanan boleh ditonton semula tertakluk kepada jadual yang dikemas kini. “RTM turut menyediakan sorotan perlawanan, analisis dan perkembangan terkini sepanjang kejohanan. Jadual terkini perlawanan boleh diikuti melalui laman rasmi https://www.facebook.com/SukanTvRtm/,” katanya. Tambah RTM, iaran tertentu akan disediakan dalam format HD tertakluk kepada platform dan capaian pengguna. Selain itu, RTM akan menyediakan program khas termasuk praperlawanan, analisis, sorotan harian dan perkembangan terkini sepanjang kejohanan. Ikuti platform rasmi melalui RTMKLIK https://rtmklik.rtm.gov.my/ atau platform rasmi Sukan TV RTM di https://www.facebook.com/SukanTvRtm/.-10/6/2026
This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.