Mesyuarat tergempar PN: Apa cerita isu status Bersatu…?

Kalangan wartawan yang membuat liputan mesyuarat tergempar Perikatan Nasional (PN) di bangunan ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur agak bingung dengan hasil mesyuarat yang berlangsung selama dua jam Isnin malam.

Ini kerana tiada khabar yang muncul mengenai isu status parti Bersatu dalam gabungan PN pada mesyuarat yang bermula 9.30 malam dan berakhir kira-kira jam 11.30 malam.

Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ia dipengerusikan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar atas kapisiti beliau sebagai Pengerusi PN.

Baru baru ini PAS umum ia telah putuskan kerjasama politik dengan Bersatu.

Ia juga secara terbuka gambarkan dokongan pada team Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Presiden PAS Tan Sri Hadi Awang sendiri lancarkan Parti Wawasan Negara pimpinan Hamzah dan umum beliau dilantik semula sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Gara-gara perkembangan ini Bersatu berkeras hendak kekal dalam PN.

Muhyiddin mendakwa Bersatu tidak boleh disingkir dari PN.

Selain itu Bersatu kata ia hendak guna logo PN untuk pilihanraya negeri Johor.

Kemelut ini mencetuskan senario politik yang cacamarba dan membuatkan mesyuarat tergempar PN mencuri perhatian ramai.

Malah ada yang menduga kemungkinan Bersatu disingkir dari PN atau ia bertindak keluar pada mesyuarat itu.

Namun Muhyiddin yang ditemui wartawan sejurus mesyuarat selesai kata isu status Bersatu tidak dibincang dalam mesyuarat tergempar itu.

Katanya apa yang dibincang ialah isu keahlian parti baru dalam PN.

Sambil berseloroh Muhyiddin berkata: “Bersatu kekal dan abadi sampai bila-bila”.

Sementara itu Samsuri dalam sidang akhbarnya kata mesyuarat itu telah meluluskan permohonan dua parti politik, iaitu PEJUANG dan Parti Cinta Malaysia (PCM) sebagai parti anggota gabungan itu yang baharu.

Presiden Bersatu itu tidak sertai sidang akhbar berkenaan.

Ketika diminta mengulas mengenai dinamika mesyuarat bersama Muhyiddin … Samsuri menyifatkan suasana perbincangan berlangsung dalam keadaan yang sangat harmoni dan membina.

Beliau menambah, perbezaan pandangan dalam mana-mana mesyuarat adalah satu lumrah politik, namun apa yang paling utama adalah kesepakatan yang dicapai secara kolektif demi hala tuju parti. – 22/6/2026

PN mesyuarat tergempar malam ini di Pejabat PAS… Muhyiddin dijemput hadir

Perikatan Nasional (PN) bakal mengadakan satu mesyuarat tergempar pada malam ini bagi membincangkan hala tuju pakatan pembangkang berkenaan.

Ini termasuk penggunaan logo bagi pilihan raya negeri (PRN) serta keanggotaan parti dalam gabungan tersebut.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, menerusi satu notis bertarikh 18 Jun yang dilihat oleh The Star, menyatakan bahawa mesyuarat majlis tertinggi itu akan diadakan pada 8.30 malam di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.

Notis tersebut turut diedarkan kepada Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dan empat Timbalan Pengerusi PN – Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, Punithan Paramsiven dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Keanggotaan perikatan tersebut dinyatakan sebagai salah satu agenda utama dalam mesyuarat berkenaan.

Ketika dihubungi, Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan tarikh mesyuarat berkenaan.

Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Punithan, pula berkata mesyuarat itu akan membincangkan hala tuju masa depan gabungan berkenaan.

“Ya, mesyuarat Perikatan akan membincangkan mengenai pilihan raya Johor dan Negeri Sembilan, logo Perikatan serta hala tuju masa depan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri berkata mesyuarat itu juga akan membincangkan kedudukan Bersatu dalam gabungan berkenaan.

“Antara agenda yang akan dibincangkan adalah mengenai keanggotaan dalam Perikatan. Bagaimanapun, ia terpulang kepada Bersatu.

“Setakat ini, keanggotaan Perikatan kekal seperti sedia ada,” katanya, seperti yang dilaporkan selepas menghadiri satu mesyuarat di Temerloh, Pahang, pada 21 Jun.

Antara isu yang dijangka akan dibentangkan dalam mesyuarat tergempar itu adalah mengenai penggunaan nama gabungan itu, lapor Sinar Harian.

Sebelum ini, PN menegaskan sebarang kegiatan atau mesyuarat yang menggunakan nama gabungan itu tidak boleh diadakan tanpa izin pengerusinya.

Menurut Takiyuddin, perkara tersebut ditetapkan bagi memastikan segala kegiatan, urusan pentadbiran dan pengurusan parti dilaksanakan mengikut perlembagaan parti serta mematuhi Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832).

Mesyuarat tergempar itu diadakan di tengah-tengah pergelutan antara PAS dengan Bersatu melibatkan isu kepimpinan gabungan berkenaan.

Pilihan raya Johor dijadualkan berlangsung pada 11 Julai, manakala pilihan raya Negeri Sembilan pula bakal diadakan pada 1 Ogos.

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.