Teka teki mengenai kerusi mana yang diintai oleh parti baru Bersama pada pilihan raya negeri (PRN) Johor 11 Julai ini sudah terjawab.
Nampaknya UMNO yang paling banyak kena bersilat dengan parti pimpinan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad.
Parti itu pada Isnin umum ia akan bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dari seluruh 56 kerusi DUN.
Lapan darinya kini disandang oleh Adun UMNO iaitu: Bukit Naning, Mahkota, Tiram, Permas, Larkin, Kempas, Kota Iskandar, dan Bukit Permai.
Lima lagi kerusi – Johor Jaya, Stulang, Perling, Skudai, dan Senai – dipegang oleh DAP. Dua baki kerusi ialah Puteri Wangsa (Muda) dan Bukit Batu (PKR).
Keputusan ini dimaklum oleh parti berkenaan menerusi satu kenyataan.
Katanya nama calon untuk kerusi berkenaan akan diumumkan pada malam Jumaat ini.-22/6/2026

