Inilah satu keputusan mahkamah yang sangat-sangat dinanti nantikan di seluruh negara.
Bukan setahun dua tetapi sejak 2021 Ahli Parlimen Muar dan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terpaksa melalui awan hitam kes mahkamah yang panjang.
Apapun pada pagi hari ini,13 Julai ini beliau boleh menarik nafas lega apabila segalanya sudah berlalu.
Sudah muktamad beliau dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan di Putrajaya.
Penal hakim mahkamah itu telah membebaskan Syed Saddiq yang kini berusia 34 tahun dari empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Armada Bersatu pada 2018 dan 2020.
Jika tidak…beliau berdepan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.
Wajah gembira dan kesyukuran jelas tergambar pada wajah seluruh keluarganya khususnya tunangnya Bella Astillah yang turut hadir di mahkamah untuk ikuti detik berkenaan. -13/7/2026
Kronologi kes Syed Saddiq di mahkamah
Perjalanan kes ini bermula pada 22 Julai 2021 apabila Syed Saddiq didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah melibatkan RM1 juta dana Armada.
Dua minggu kemudian, pada 5 Ogos 2021, beliau turut didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM100,000. Pada 25 November 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan kes-kes tersebut dibicarakan bersama.
Perbicaraan berjalan hampir dua tahun sebelum Mahkamah Tinggi mendapati Syed Saddiq bersalah pada 9 November 2023. Beliau dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.
Syed Saddiq kemudian merayu ke Mahkamah Rayuan. Pada 25 Jun 2025, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuannya dan mengetepikan keseluruhan sabitan serta hukuman Mahkamah Tinggi.
Pihak pendakwaan pula memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan sehari selepas itu.
Mahkamah Persekutuan pada asalnya dijadualkan menyampaikan keputusan pada 30 Jun 2026.
Namun, panel tiga hakim yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais, terpaksa menangguhkan prosiding kerana salah seorang hakim, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, bercuti sakit.
Tarikh baharu ditetapkan pada hari ini,13 Julai 2026.

