Bekas ADUN Chennah, Anthony Loke mengumumkan melepas jawatan Pengerusi DAP Negeri Sembilan.
Setiausaha Agung DAP itu memaklumkan keputusan itu dibuat sebagai mengambil tanggungjawab atas prestasi parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
“Saya mengambil keputusan ini pertamanya kerana saya rasa bertanggungjawab atas kegagalan saya pertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah dan (kerusi DAP) di (DUN) Repah dalam PRN baru-baru ini.
“Walaupun ramai menyatakan sokongan dan (DAP) berjaya menang sembilan daripada 11 kerusi (dimenangi Pakatan Harapan), tetapi saya rasa ini masa sesuai seorang Pengerusi negeri yang baharu dilantik,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mesyuarat Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP di sini hari ini.
Turut hadir Penasihat DAP, Lim Guan Eng dan Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo.
Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Pengangkutan menegaskan keputusan itu diambil atas dasar peribadi, tanpa tekanan mana-mana
“Saya memangku tugas ini (Pengerusi DAP Negeri Sembilan) selama 22 tahun, sejak 2004 sehingga sekarang.
“Dan, saya rasa sekarang tiba masanya untuk saya berundur sebagai Pengerusi negeri dan menyerahkan kepada pimpinan negeri atau Jawatankuasa DAP Negeri Sembilan untuk melantik dan memilih seorang Ahli Jawatankuasa sedia ada untuk jadi Pengerusi negeri,” jelasnya.
Anthony Loke memberitahu, selepas 22 tahun, beliau rasa bangga bahawa DAP Negeri Sembilan masih kukuh.
“(Ini) kerasan semasa saya memulakan (tugas memangku), kita baru menang dua kerusi, daripada kosong dan kita bina parti sejak itu sehingga kekuatan pada hari ini.
“Jadi sekatang tiba masa saya serahkan kepada orang lain,” tegasnya.
Dalam PRN Negeri Sembilan Sabtu lalu, DAP memenangi sembilan daripada 11 kerusi DUN yang ditandingi.
Beliau gagal mempertahan kerusi DUN Chennah selepas tewas kepada calon MCA, Siow Kong Choon.
DAP juga kehilangan kerusi DUN Repah, apabila S Veerapan tewas tipis kepada calon BN, Koh Kim Swee.-4/8/2026

