TAHUKAH ANDA

PM mahu laporan kemajuan projek kerajaan setiap bulan…

Mulai sekarang…semua laporan kemajuan projek kementerian, jabatan, dan agensi perlu dihantar setiap bulan.

Arahan ini dikeluarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Januari 2024 di Putrajaya Isnin.

Katanya, kaedah itu merupakan pendekatan baharu diperkenalkan tahun ini.

Beliau berkata, laporan terbabit perlu melalui ketua pengarah dan ketua setiausaha kementerian kepada ketua setiausaha negara (KSN untuk dimaklumkan kepadanya.

“Selalunya, apabila ketua jabatan, KSU jumpa dalam perbincangan (dengan) saya, dalam mesyuarat jawatankuasa Kabinet, semua mencadangkan minta peruntukan, tambah projek…ya memang dibolehkan.

Beliau berkata kerajaan akan meneruskan dasar lama yang memberi manfaat kepada semua, bagaimanapun pendekatan yang digunakan perlu berubah.

“Sebab itu umpamanya, kita tidak meneruskan cara rundingan terus untuk elak kecelaruan dan salah guna,” kata Anwar.

Pada majlis itu Anwar turut menzahirkan keyakinannya bahawa Kerajaan Perpaduan adalah stabil, walaupun terdapat pelbagai desas-desus yang berlegar ketika ini.

“Oleh kerana stabil ini, kita nak gunakan sepenuhnya untuk laksanakan program untuk mengangkat martabat negara kita,” katanya. 8/1/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button