FOKUS

Anwar tak makan umpan Sanusi…

Kalau dengar dakwaan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor bunyinya macam kerajaan perpaduan tunggu masa saja nak runtuh.

Namun Datuk Seri Anwar Ibrahim belum makan umpan Menteri Besar Kedah itu.

Perdana Menteri nampaknya menilai dakwaan Sanusi bahawa blok pembangkang sudah ada cukup surat akuan bersumpah Ahli Parlimen dan cuma tunggu hari saja ‘benda kecil’.

“Tidak apalah. Tak perlu komen. Saya kerja. Kalau ada kes…isu besar saya jawab,” katanya ketika ditemui wartawan semasa program Simposium Tatakelola Baik Nasional 2024 di Sepang Isnin.

Sebelum itu semasa majlis himpunan bulanan dengan kakitangan dan pegawai Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya beliau membayangkan kerajaan pimpinanya stabil.

Beliau juga sebelum ini enggan ulas kenyataan bekas Perdaan Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beliau tidak terlibat dalam Langkah Dubai.

Anwar sebaliknya nasihatkan Dr Mahathir jaga kesihatan.

Dalam perkembangan berkaitan Menteri Besar Pahang Datuk Wan Rosdy Ismail menyifatkan sebagai fitnah dakwaan konon semua ahli parlimen BN diarahkan berkumpul di Cameron Highlands pada Ahad.

Beliau mengulas dakwaan blogger Raja Petra melalui video 30 ahli parlimen BN “dititahkan” ke Cameron Highlands bagi mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi.

Dakwanya Anwar akan sertai pertemuan itu.

Raja Petra juga dakwa akaun bersumpah (SD) oleh 120 ahli parlimen sudah dihantar kepada Yang Dipertuan Agong pada Isnin lalu.

“Maka saya menasihatkan rakyat Malaysia tidak percaya dengan fitnah murahan seperti ini,”kata Wan Rosdy.

Pada Sabtu Zahid dan Wan Rosdy berada di Cameron Highlands bagi melakukan lawatan pasca bencana di Kampung Orang Asli Sungai Ruil, dekat kawasan peranginan itu susulan kejadian tanah runtuh pada Oktober tahun lalu.

Ia kemudiannya disusuli program Jelajah Akar Umbi Presiden Umno bersama Umno Bahagian Cameron Highlands.

Program itu dihadiri pimpinan Umno di peringkat bahagian dan negeri.

Selepas program di situ Zahid telah terbang ke Sabah untuk urusan berkaitan UMNO.- 8/1/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button