TAHUKAH ANDA

LHDN kutip cukai RM7 billion lebihi sasaran…

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah berjaya membuat kutipan cukai RM7 billion melebihi sasaran pada tahun lalu.

Sasaran yang ditetapkan ialah RM176 billion namun LHDN berjaya kutip hasil RM183 bilion.

Kejayaan sama dicapai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang berjaya mengutip hasil RM55 billion yakni RM2 billion melepasi sasaran 53 billion.

Butiran ini diberitahu Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya Selasa.

“Terima kasih kepada kastam (JKDM) kerana akhirnya capai unjuran yang tidak selalu kita capai. Kalau kastam (JKDM) memang lebih daripada yang diunjurkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Anwar juga ucap penghargaan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana berjaya mengutip hasil tertinggi.

Pada masa sama beliau mahu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) supaya mengurangkan pelaburan di luar negara dan memberi fokus kepada pelaburan domestik.

“Apa kemunasabahan kita mengadakan kempen menarik pelaburan asing ke Malaysia kalau syarikat utama kita tidak ada keupayaan untuk memastikan jenis pelaburan yang menarik dan memberi keuntungan.

Katanya mulai hari ini, GLIC dan GLC turut dijemput ke perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan selepas mengambil kira peranan besar dua badan itu dalam merealisasikan hasrat Ekonomi Madani.

Anwar berkata, GLIC dan GLC tidak boleh lagi hanya menumpukan kepada keuntungan semata-mata tanpa berperanan dan mengambil tanggungjawab korporat yang lebih besar dalam pembinaan negara. – 9/1/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button