FOKUS

UPDATE: Rosyam Nor mohon maaf…bagi penjelasan cadang rumah pelacuran pekerja asing

Selepas cadanganya buka rumah pelacuran kepada pekerja asing untuk ‘melepas’ cetus kontroversi Datuk Rosyam Nor tampil memohon maaf.

Pelakon,penerbit,pengarah dan usahawan terkenal itu kata dia tak sangka kenyataan untuk program podcast dekat Suhan Channel jadi tular dan sensasi.

Cadangannya telah mengundang raksi pelbagai pihak termasuk menteri agama,mufti dan pendakwah bebas.

“Kecoh satu dua hari ini pasal isu rumah pelacuran kononnya saya ada buat kenyataan berkaitan perkara tersebut.

“Apa-apa hal, terlebih dahulu saya minta maaf sebab tak sangka benda ini akan jadi viral,” katanya menerusi hantaran di Instagram (IG), Selasa.

Dalam pada itu Rosyam menyeru orang ramai untuk menonton video penuh yang dimuatnaik ke akaun TikTok Suhan Channel dan membuat penilaian sewajarnya.

“Tapi video itu sebenarnya untuk program podcast saya dekat Suhan Channel. Itu adalah perbincangan, jadi saya rasa baik semua orang kalau ada masa pergi ke Suhan Channel.

“Sebelum menilai dan menghukum, tonton dahulu keseluruhan video apa yang dibincangkan.

“Terima kasih kerana peka dengan keadaan, sekali lagi saya minta maaf atas kecelaruan yang berlaku,” katanya.- 9/1/2024

BERITA SEBELUM INI : ‘Masak’ Rosyam Nor…cadang buka rumah pelacuran untuk pekerja asing

Hairan juga macam mana Rosyam Nor boleh cakap begitu.Namun katanya itu adalah pandangan peribadinya.Dia mungkin betul dan dia mungkin salah.

Gara gara meluahkan cadangan itu pelakon,penerbit,pengarah dan usahawan yang dikenali ramai itu jenuh kena hentam di alam siber dan di dunia nyata.

Rosyam cetus kontroversi bila dia cadang agar rumah pelacuran yang khusus untuk pekerja asing di negara ini diwujudkan sebagai langkah mengekang jenayah rogol.

Katanya di negara itu sudah ada sekitar 3 juta pekerja asing.

Dia bertanya di mana mereka ini hendak ‘melepas’.

Rosyam menerusi podcast atau audio siar, Hitam Putih Kehidupan yang dimuat naik ke TikTok Suhan Channel semalam menyifatkan pusat pelacuran perlu ada untuk ‘kemudahan’ warga asing lelaki yang kebanyakannya meninggalkan isteri di negara mereka.

Setakat berita ini ditulis petang Selasa podcast itu ditonton lebih 700,000 kali.

Lebih 2,300 orang telah beri komen.Kebanyakan tidak setuju

“Sekarang pendatang asing ada lebih kurang tiga juta yang bekerja di Malaysia. Isteri ditinggalkan.

“Namanya pun lelaki. Kalau tak nak, tak apa, fahamkan maksud saya? Tak keluarkan , dia nak tonjol kat mana?” katanya.

“Dia tengok anak bini kita, anak dara kita lalu. Silap-silap, dia rogol anak dara kita. Dia boleh jadi sampai ke tahap itu sebab benda ini bermain dalam fikiran.

“Mereka pun pun duduk di sini, malam-malam tak ada kerja, tengok benda sama juga. Tengok ‘porno’ juga. Jadi, bila ada rumah pelacuran, sekurang-kurangnya mereka pergi bayar di sana,” katanya.

Bagaimanapun, Rosyam menegaskan itu hanya pandangan peribadi dan meminta penonton untuk menilai sendiri.

Pandangan Rosyam telah mengundang rekasi dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Moktar sendiri.

Menerusi satu kenyataan pada Selasa beliau berkata tidak ada sesiapa pun sepatutnya mengeluarkan kenyataan sehingga menimbulkan polemik yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Katanya kegiatan pelacuran adalah jenayah berat di sisi undang-undang Islam dan ia termasuk dalam kategori hudud, manakala ia juga dianggap salah oleh Kanun Keseksaan.

Justeru, cadangan yang diberikan (oleh Rosyam) adalah bertentangan dengan peruntukan undang-undang sivil dan syariah, bahkan secara jelas bertentangan dengan prinsip ajaran Islam dan maqasid al-syariah.

“Berdasarkan kedudukan ini, cadangan untuk membuka rumah pelacuran seperti yang diutarakan itu tidak boleh diterima sama sekali dan sewajarnya ditolak oleh segenap lapisan masyarakat.

“Dalam mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi, kaedah fikah berikut sewajarnya dijadikan panduan: kemudaratan itu tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang lain,” katanya.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor kata beliau terkejut dengan cadangan Rosyam kerana seolah-olah menggalakkan maksiat di negara ini.

Katanya ramai dalam kalangan pekerja asing di negara ini juga terdiri daripada mereka yang beragama Islam.

“Kita yakin semua masyarakat Islam tahu zina adalah satu jenayah yang amat jelik kerana boleh mengakibatkan kerosakan yang besar kepada individu, keluarga dan masyarakat.

“Malah, pekerja bukan beragama Islam sekalipun tidak sepatutnya digalakkan kepada perbuatan yang hina itu.

“Sesungguhnya tiada agama yang menyukai penganutnya terjerumus ke dalam jurang yang keji dan merosakkan ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr. Wan Salim berkata, semua pihak sepatutnya bersama-sama membantu ke arah kebaikan dan keluhuran budi pekerti setiap penduduk di negara ini.

”Kita juga sepatutnya mengingatkan pekerja-pekerja asing tentang bahaya melibatkan diri di dalam perlakuan yang keji ini serta kesan buruknya ke atas semua pihak,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menegaskan, mewujudkan rumah pelacuran di negara ini juga amat bercanggah dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang menobatkan Islam sebagai agama Persekutuan di dalam Perlembagaannya.

“Para pekerja asing perlu dimaklumkan tentang hakikat ini dan mereka mestilah menghormati Perlembagaan dan undang-undang negara yang memberi peluang kepada mereka mencari rezeki di sini,” katanya.

Dr Wan Salim juga berpendapat tiada siapa boleh menjamin rakyat negara ini termasuk penganut agama Islam tidak akan menjadi pelanggan rumah pelacuran yang dicadangkan terbabit.

“Amat sukar untuk mengawal atau mencegah umat Islam daripada ikut terlibat di dalam kancah maksiat tersebut.

”Kita setuju cadangan ini tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya akan mengundang lebih banyak masalah kepada Malaysia,” katanya.

Seorang pendakwah bebas PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak juga menolak cadangan Rosyam.

“Umat Islam tak sepatutnya mengeluarkan pandangan sedemikian kerana kita hidup berlandaskan hukum,” katanya.

Dia menegaskan saranan itu tidak relevan, apatah lagi dalam konteks negara Islam.

“Saya tak setuju pandangan Rosyam mengenai perlu wujudnya pusat pelacuran bagi menampung keinginan warga asing.

“Pandangan ini tidak selari dengan apa yang agama Islam terapkan, apatah lagi dalam negara Islam.

“Jadi pandangan seperti ini tak sesuai. Di luar negara mereka menganggap golongan terbabit dengan pelacuran adalah kelompok paling rendah martabat,” katanya.

Tambah PU Syed, pendapat Rosyam yang mengatakan saranan itu boleh mengurangkan dan mengelakkan kes rogol adalah salah.

“Ia boleh berlaku lebih dahsyat lagi sekiranya pusat pelacuran diwujudkan di mana perbuatan zina akan berleluasa.

“Zina antara dosa besar dan balasannya cukup keras bagi mereka yang melakukan zina. Walaupun kita boleh katakan warga asing bukan Islam, tapi ada antaranya beragama Islam.

“Bila cadangan seperti ini diberikan, ia memang tidak bersesuaian. Ia akan merosakkan keturunan dan punca pembunuhan kerana benih dikeluarkan ditumpahkan kepada tempat tidak sepatutnya.

“Sekiranya mengatakan ia boleh mengurangkan kes rogol, ada ulama berkata perkara mudarat tak boleh ditolak dengan mudarat yang sama.

“Kita buat sebegitu seolah-olah nak menghalalkan perzinaan. Itu tidak boleh kerana kedua-duanya mudarat,” katanya.

PU Syed berkata, kewujudan pusat pelacuran juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya.

“Jadi, kemudaratan ini kena buang, bukanlah nak jemput kemudaratan lebih teruk lagi. Kalau rogol berlaku secara paksaan, tapi perzinaan berlaku secara rela, ia lebih dahsyat, jadi tak boleh ukur kedua-duanya.”- 9/1/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button