YANG VIRAL
Lee Hsien Loong lepas jawatan PM Singapura 15 Mei ini …Lawrence Wong ganti

[GAMBAR ATAS…LEE HSIEN LOONG BERJABAT TANGAN DENGAN LAWRENCE WONG]
Lee Hsien Loon yang menyandang jawatan Perdana Menteri Singapura sejak 2004 akan melepaskan jawatannya pada 15 Mei ini.
Lawrence Wong bakal dilantik sebagai Perdana Menteri baharu.
Menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) Perdana Menteri keempat Singapura itu akan mengangkat sumpah pada jam 8 malam, 15 Mei ini di Istana
PMO menambah, pelantikan Lawrence yang turut memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan mendapat sokongan sebulat suara Ahli Parlimen PAP (People’s Action Party).- 15/4/2024