TAHUKAH ANDA

Hanif Omar…Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia

Tun Hanif Omar yang meninggal dunia awal pagi Sabtu kekal pegang rekod sebagai orang yang pegang jawatan Ketua Polis Negara paling lama.

Beliau juga orang termuda dilantik ke jawatan itu.

Allahyarham dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 1974 dan bersara pada 1994 yakni tempoh selama 20 tahun.

Beliau menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang telah dibunuh dalam serangan komunis.

Hanif meninggal dunia pada usia 85 sekitar jam 2.15 pagi tadi, Sabtu 20 April 2024,

Lahir pada 16 Januari, 1939 di Teluk Intan, Perak, Hanif ialah bekas pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar

Beliau mengasaskan unit antipengganas Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta menukarkan nama Ibu Pejabat Polis Jalan Bluff kepada Bukit Aman.- 20/4/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button