YANG VIRAL

Nahas helikopter: Menteri bertindak pantas

PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Selasa.

Merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkata pihaknya turut mengalu-alukan tindakan menteri termasuk membatalkan acara sambutan ulang tahun ke-90 TLDM dan digantikan dengan majlis tahlil dan doa selamat Jumaat ini.

“PAS juga menyambut baik jaminan beliau untuk bukan sahaja membantu menguruskan jenazah mangsa, tetapi juga mengurus semua manfaat serta faedah yang sewajarnya diterima oleh balu dan keluarga mangsa, bagi menjaga kebajikan mereka.

“Walaupun tidak menetapkan had masa untuk menyediakan laporan interim kejadian, jaminan menteri untuk melakukannya, selain keputusan kementerian untuk menubuhkan sebuah lembaga siasatan TLDM bagi mengenal pasti punca kejadian, langkah yang tepat dan sewajarnya disegerakan tanpa lengah,” katanya, pada Rabu.

Dalam kejadian 9.32 pagi Selasa, dua helikopter TLDM terhempas di Lumut ketika menjalani raptai lintas hormat sempena sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijadual berlangsung Sabtu ini.

– BERNAMA- 24/4/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button