TAHUKAH ANDA

Pang Sock Toa…dari DAP calon PH untuk PRK Kuala Kubu Bharu

Teka teki siapa calon Pakatan Harapan untuk pilihanraya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Bharu terjawab Rabu malam.

Orangnya ialah Pang Sock Toa yakni pembantu kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke di pusat khidmat wakil rakyat itu di Taman Gamelan, Kuala Kubu Bharu.

Loke berkata Pang yang berumur 31 tahun dan berasal dari Ampang, Selangor itu disenarai pendek daripada beberapa calon wanita.

Pang sebelum ini pernah bertugas sebagai penerbit Ubah TV, saluran video milik DAP.

PRK Kuala Kubu Bharu diadakan berikutan kematian ADUN DAP Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mei sebagai hari mengundi, manakala Sabtu ini sebagai hari penamaan calon.- 24/4/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button