FOKUS

Awas…tujuh wakil rakyat BERSATU

Kalau langkah seperti yang diatur oleh parti BERSATU berjalan mulus…jawabnya negara akan terus bergegar dengan hu ha politik lagi selepas berlangsungnya pilihanraya kecil yang panas di kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Bharu,Selangor pada 11 Mei ini.

Bukan satu atau dua tetapi tujuh pilihanraya kecil bakal diadakan.

Baru baru ini Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin kata parti itu akan biar tujuh wakil rakyatnya yang belot sambut hari raya dulu dan selepas itu baru mereka akan bertindak.

Pada Ahad Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin kembali dengan ingatan itu pada enam ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong kerajaan tanpa keluar parti.

Ahli Parlimen berkenaan ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Manakala seorang ADUN ialah dari kawasan Selat Kelang,Selangor Datuk Abdul Rashid Asari.

Kata Hamzah BERSATU akan menyerahkan notis pengosongan kerusi kepada mereka selepas selesai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu.

Menurut beliau pihaknya akan mengadakan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk mengesahkan tindakan yang akan diambil.

“Arahan itu saya terima daripada MPT dan selepas sahaja PRK Kuala Kubu Bharu, kita akan segera melaksanakan mesyuarat ini.

“Sehari selepas mesyuarat itu kita akan serah notis kepada enam ahli Parlimen dan seorang ADUN yang menyokong kerajaan.

“Sepatutnya mesyuarat ini akan kita adakan dalam masa terdekat namun terpaksa fokus pada PRK dahulu,” katanya ditemui media dalam Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Parlimen Larut di Dewan Semai Bakti Felda Ijok.

Menurutnya, tindakan itu bukanlah hanya untuk mereka (enam ahli Parlimen dan seorang ADUN), sebaliknya ia ada peringatan dan pengajaran kepada kesemua wakil rakyat BERSATU.

Mengulas mengenai wakil rakyat berkenaan setakat ini nampak ambil mudah tindakan yang bakal dikenakan beliau menyifatkan ia sebagai permainan psikologi terhadap diri mereka sendiri.

“Tak perlu komen tindakan mereka itu, kalau dah kena esok baru dia tahu.

“Biarkan tindakan dia psiko diri sendiri sebab nak melegakan diri sendiri,” katanya.- 28/4/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button