Rasuah RM3.3 juta…SPRM tahan dua pegawai atasan syarikat pembekalan air negeri Johor

Urusan pembekalan air negeri Johor juga tidak terlepas dari gejala rasuah.
Hasil beberapa aduan sekitar tahun 2023 SPRM telah menahan dua pegawai atasan di sebuah syarikat pembekalan air negeri itu kerana disyaki menerima rasuah RM3.3 juta.
Kedua-dua suspek lelaki berusia 36 dan 40 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang semalam ,Isnin.
Mereka disyaki telah menerima wang rasuah daripada pemilik dua syarikat kontraktor sebagai balasan membantu syarikat berkenaan memperoleh kerja perkhidmatan dan pembekalan daripada syarikat pembekalan air tersebut.
Suspek juga disyaki terlibat mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu berhubung permohonan sumbangan bagi sebuah program berjumlah RM3.3 juta sedangkan program tersebut tidak dilaksanakan sepenuhnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada jam 8.30 pagi ini bagi mendapatkan permohonan reman. – 30/4/2024