Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Kes hasutan terhadap YDP Agong….Papagomo ditahan - X-press Malaysia
Home / YANG VIRAL / Kes hasutan terhadap YDP Agong….Papagomo ditahan

Kes hasutan terhadap YDP Agong….Papagomo ditahan

Blogger Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, ditahan di rumahnya di Setapak, Kuala Lumpur, sekitar tengah hari Selasa kerana disyaki mengeluarkan kenyataan mengaibkan Yang di-Pertuan Agong.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan penahanan Papagomo.

Menurut beliau, penahanan Papagomo susulan laporan polis diterima berkaitan hantaran video berdurasi 2 minit 46 saat yang memaparkannya didakwa mempersoalkan tindakan Yang di-Pertuan Agong bertemu pemilik kedai serbaneka KK Mart di Istana Negara pada 3 April lalu.

Katanya, dalam video itu Papagomo juga mendakwa baginda mengarahkan Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard, 45, dituduh di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur mengikut Akta Hasutan.

“Tangkapan dilakukan susulan laporan polis diterima berkaitan video tersebut daripada seorang peniaga berumur 41 tahun yang ternampak hantaran itu ketika melayari media sosial di rumahnya, tengah hari semalam,” katanya.

Beliau berkata, Papagomo akan ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membantu siasatan sebelum permohonan reman terhadapnya dibuat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Mulitmedia 1998,” katanya.

Menurut beliau Papagomo ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi,” katanya.

Sementara itu Chegubard, didakwa mengikut Akta Hasutan.

Chegubard telah minta dibicarakan atas tiga pertuduhan menghasut dan mengeluarkan kata-kata fitnah terhadap Yang di-Pertuan Agong – dua kes pertama di Kuala Lumpur berkaitan kontroversi KK Mart manakala pertuduhan kes yang ketiga didengar di Johor Bahru padea Selasa berkaitan projek kasino di Forest City.– 30 April, 2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *