Guan Eng,isteri dan Phang Li Khoon gagal batal kes rasuah projek asrama pekerja RM11.6 juta…

Kes tuduhan rasuah membabitkan projek asrama pekerja asing bernilai RM11.6 juta terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, isterinya, Betty Chew dan ahli perniagaan, Phang Li Koon akan diteruskan.
Ini berikutan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di Georgetown pada pagi Jumaat menolak perohonan mereka untuk membatalkan kes berkenaan.
Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Rofiah Mohamad pada pagi Jumaat.
Mahkamah menetapkan 26 Julai ini untuk pengurusan kes.
Rofiah Mohamad dalam membuat keputusan itu kata ini memandangkan ada perbezaan ketara dalam kesalahan yang didakwa berlaku melibatkan individu berbeza.
“Dalam penelitian mahkamah, walaupun setelah 25 saksi telah dipanggil, namun tiada sebarang dapatan oleh mahkamah berdasarkan keterangan saksi tersebut atau terdapat fakta terbukti melalui perbicaraan tersebut.
“Pada masa yang sama, kalau pun dikatakan budi bicara sebagai tidak mutlak bagi mencabar keputusan dibuat oleh AG (Peguam Negara) harus dibuat melalui penilaian semula kehakiman bukan permohonan di sini,” katanya.
Pada 23 Jun tahun lalu, Lim dan Chew memfailkan permohonan itu, atas alasan bahawa pertuduhan semasa terhadap mereka adalah serupa seperti yang dikenakan terhadap Lim pada 2016, yang dia kemudiannya dibebaskan pada 2018.
Ini adalah berhubung dakwaan penukaran status tanah negeri dan pembelian banglo di bawah nilai pasaran.
Syarikat milik Phang dapat projek asrama itu.Waktu itu Lim adalah Ketua Menteri Pulau Pinang.
Rumah banglo kontrovesial di Jalan Pinhorn dekat Georgetown yang pada harga didakwa bawah paras harga pasaran semasa oleh Lim adalah milik Phang.
Dalam salinan afidavit yang menyokong permohonan membatalkan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram itu, pasangan suami dan isteri itu mendakwa bahawa pertuduhan sekarang melanggar hak asasi mereka.
Ini kerana mereka dikenakan pertuduhan atas kesalahan sama yang mana mahkamah jenayah telah memberikan pembebasan.
Hujah Lim dan Chew, adalah seseorang tertuduh tidak boleh dibicarakan semula atas pertuduhan yang sama atau serupa, berikutan pembebasan atau sabitan.
Lim dan isteri akan fail rayuan kepada Mahkamah Rayuan untuk membatalkan pertuduhan berkenaan.- 3/5/2024