TAHUKAH ANDA

Remaja 13 tahun mengaku bersalah di mahkamah bakar anak kuching hidup hidup…

Ingat lagi…kes tiga individu yang membakar anak kucing hidup-hidup di parkir motosikal Flat Seri Kenari di Kajang pada 22 April lalu.

Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun telah ditahan polis kelmarin manakala dua orang lagi masih bebas.

Remaja lelaki itu dihadapkan di Mahkamah Majistret Kajang pada Jumaat dan dia mengaku bersalah atas perbuatan itu.

Pesalah juvana itu membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz.

Mengikut pertuduhan, anak tunggal itu didakwa bersama-sama dua lagi yang masih bebas secara kejamnya menyebabkan kesakitan kepada seekor kucing dengan membakar haiwan itu di sebuah pangsapuri di Kajang pada pukul 1.08 petang, 22 April lalu.

Dia didakwa mengikut 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan dia boleh didenda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Afiqah Abdul Ghaffar memohon jaminan RM10,000 berikutan kesalahan itu membabitkan penganiayaan haiwan dan berkepentingan awam.

Ibu pesalah juvana itu berusia 30 tahun dalam rayuannya memohon ikat jamin dikurangkan berikutan hanya berpendapatan RM1,500 sebulan sebagai pekerja kilang di sebuah syarikat elektronik dan berstatus ibu tunggal.

Mendengar hujah kedua-dua pihak, Nik Siti Norazlini membenarkan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Jun ini bagi mendapatkan laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum menjatuhkan hukuman.

Dalam kes itu tular satu rakaman video berkaitan yang menunjukkan tiga lelaki sedang melepak di tapak parkir motosikal flat.

Perbuatan kejam itu turut mendapat perhatian Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Arie Dwi Andika yang mahu tindakan segera diambil pihak berkuasa atas kekejaman itu. -3/4/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button