Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Kes peras RM1.25 juta…3 pegawai polis ditahan - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / Kes peras RM1.25 juta…3 pegawai polis ditahan

Kes peras RM1.25 juta…3 pegawai polis ditahan

Harapkan pagar…pagar makan padi….itulah kisahnya melibatkan tiga pegawai polis ditahan kerana disyaki melakukan pemerasan sebanyak RM1.25 juta.

Pemerasan itu disyaki dilakukan terhadap individu yang disiasat oleh mereka berhubung kes mata wang kripto.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain beritahu pada Jumaat ketiga-tiga mereka berusia antara 38 hingga 50 tahun berpangkat Asisten Komisioner (ACP), Superintendan dan Inspektor yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).

Katanya siasatan awal yang dijalankan mendapati semua suspek menafikan pembabitan dalam kes yang disiasat.

Mereka ditahan di sekitar Jalan Tun Razak, di Kuala Lumpur dan permohonan reman akan dibuat terhadap mereka esok,Sabtu.- 3/5/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *