Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Sanusi mohon maaf di depan Perdana Menteri atas ketelanjuran kata - X-press Malaysia
Home / YANG VIRAL / Sanusi mohon maaf di depan Perdana Menteri atas ketelanjuran kata

Sanusi mohon maaf di depan Perdana Menteri atas ketelanjuran kata

JITRA – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor Sabtu malam mengambil kesempatan memohon maaf di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa menteri Kabinet pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani peringkat Kedah.

Muhammad Sanusi berkata, permohonan maaf itu adalah bagi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks ‘hablumminannas’ (hubungan sesama manusia) selama beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar Kedah dan atas kapasiti politik.

“Sebagai insan yang lemah, ketelanjuran dan kesilapan pastinya ada dalam diri kita masing-masing.

“Semoga pertemuan dalam bulan Syawal yang mulia ini akan menjadi asbab untuk kita mulakan lembaran baharu serta sama-sama melangkah dengan hati yang bersih, ikhlas dan bertanggungjawab,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Beliau juga berkata, kepentingan rakyat harus mengatasi keghairahan untuk mengekalkan kuasa politik dan segala perkara yang bersifat politik sepatutnya hanya dibawa ke medan politik.

Muhammad Sanusi juga berharap, Kerajaan Persekutuan sentiasa memberikan perhatian dan tidak meminggirkan Kedah.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang telah memberikan perhatian kepada projek-projek pembangunan, terutama di kawasan luar bandar Kedah.

Majlis itu turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, beberapa menteri Kabinet serta kira-kira 15,000 tetamu. – 4/5/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *