Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Al Fatihah…Datuk Hail Amir sudah tiada - X-press Malaysia
Home / YANG VIRAL / Al Fatihah…Datuk Hail Amir sudah tiada

Al Fatihah…Datuk Hail Amir sudah tiada

Allahyarham muncul dalam arina hiburan tanahair semasa era 70han…sebaris dengan Datuk Yusof Haslam,Uji Rashid,Allahyarham Datuk Zulkifli Zain dan lain lain.

Berasal dari Pulau Pinang,lagu popular nyanyian beliau antaranya Wajah kesayangan hamba,Seloka Hari raya,Menunggu Nasi minyak terus menjadi siulan ramai.

Beliau dan penyanyi bersuara lunak Uji Rashid adalah pasangan duet cukup popular dari dulu sampai sekarang.

Antara filem popular lakonannya adalah Jiwa Remaja, Cinta Dan Lagu, Menanti Hari Esok, Sesejuk Air Mata Ibu dan Anita Dunia Ajaib.

Selepas lebih lima dekad terbabit dalam dunia seni, Hail dikurniakan gelaran darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk pada 2022.

Pada Isnin jam 3.48 Datuk Hail Amir penyanyi dan pelakon popular yang berusia 76, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Berita pemergiannya Hail atau nama sebenar, Abdul Hail Amir disahkan oleh anaknya, Cinta Hailfi.

Katanya Allahyarham bapanya meninggal sebab jangkitan paru-paru.

Allahyarham dimasukkan ke HKL selepas mengalami masalah batuk berterusan sejak kelmarin.- 6/5/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *