Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
SPRM belum cadang tahan Dr Mahathir - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / SPRM belum cadang tahan Dr Mahathir

SPRM belum cadang tahan Dr Mahathir

Setakat ini SPRM belum lagi bercadang untuk menahan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu pengisytiharan harta.

Ketua Persuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki kata ini kerana siasatan terhadap bekas Perdana Menteri itu masih berjalan.

“Itu tak ada lagi. Kita tak ada hasrat untuk menahan beliau. Siasatan masih terus dijalankan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui wartawan selepas Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 di Putrajaya Selasa.

Pada 25 April lalu, Azam berkata Dr Mahathir adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.

Buat masa ini dua anak Dr Mahathir yang bergiat aktif dalam bidang korporat yakni Mirzan dan Mohkzani telah diberi notis oleh SPRM isytihar harta di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

Kedua mereka telah memohon tempoh lanjutan untuk itu kerana ia melibatkan urusan pengumpulan butiran yang banyak sejak Dr Mahathir berkhidmat sebagai Perdana Menteri dulu.- 7/5/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *