Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail KL…seorang maut - X-press Malaysia
Home / YANG VIRAL / Pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail KL…seorang maut

Pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail KL…seorang maut

Suasana di Jalan Sultan Ismail depan Hotel Concorde dan Hotel Shangrila jadi kelamkabut gara gara sebatang pokok tua yang besar tumbang dalam hujan lebat dan angin kencang pada awal petang Selasa.

Seorang pemandu kereta maut manakala seorang cedera dan 17 kenderaan lain turut terlibat dalam kejadian pada jam 2.19 petang itu.

Pemandu yang maut ialah lelaki melayu berusia 47 tahun yang tersepit dalam kenderaannya yang dihempap pokok itu manakala yang cedera juga melayu berusia 26 tahun.

Pokok besar itu tumbang ke arah jalan raya susulan hujan lebat dan ribut serta angin kuat yang melanda beberapa tempat di Kuala Lumpur.

Kejadian itu turut merosakkan sebuah perhentian bas berhampiran.

Landasan monorel di sebelah atas juga telah dihalang dengan dahan-dahan pokok.

Susulan kejadian tersebut, jentera JBPM dari Balai Bomba Jalan Hang Tuah dan tiga balai lain telah dikerah ke lokasi kejadian.- 7/4/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *