Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
KKM akan keluar kenyataan isu vaksin Covid-19 AstraZeneca dalam waktu terdekat - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / KKM akan keluar kenyataan isu vaksin Covid-19 AstraZeneca dalam waktu terdekat

KKM akan keluar kenyataan isu vaksin Covid-19 AstraZeneca dalam waktu terdekat

Apa cerita mengenai isu vaksin Covid-19, AstraZeneca yang dipercayai mempunyai kesan sampingan yang berbahaya akan diketahui dalam sedikit masa lagi.

Menteri Kesihatan Dr. Dzulkefly Ahmad kata kementerian (KKM) itu akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu vaksin itu dalam masa terdekat.

Beliau meminta semua pihak diharap supaya bersabar, namun beliau tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

“KKM akan mengeluarkan kenyataan terkait AstraZeneca dalam waktu terdekat, harap bersabar,” katanya ringkas ketika ditemui wartawan selepas Persidangan Clinical Research Malaysia (CRM) di Kuala Lumpur Khamis.

Isu ini mencuri perhatian ramai setelah syarikat farmaseutikal, AstraZeneca menarik balik vaksin Covid-19 di seluruh dunia, beberapa bulan selepas mengaku vaksin tersebut mempunyai kesan sampingan yang berbahaya, lapor akhbar Daily Mail.

Suntikan yang dibangunkan oleh Universiti Oxford itu tidak lagi boleh digunakan di Kesatuan Eropah (EU) selepas syarikat tersebut secara sukarela menarik balik kebenaran pemasarannya, berkuat kuasa kelmarin.

Permohonan serupa untuk menarik balik vaksin akan dibuat di negara lain yang telah meluluskannya sebelum ini.

Sebelum ini, Dzulkefly dilaporkan berkata, KKM akan meminta penjelasan daripada Firma Farmaseutikal AstraZeneca berhubung pengeluaran vaksin Covid-19 yang memberi kesan sampingan.

Beliau dipetik berkata, pihaknya akan meminta wakil daripada firma itu untuk membuat penjelasan dengan lebih teliti dan telus kepada semua pihak di negara ini. – 9/4/2024.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *