Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Al-Fatihah…Penyanyi ‘Kisah dan Tauladan’ pula sudah pergi… - X-press Malaysia
Home / YANG VIRAL / Al-Fatihah…Penyanyi ‘Kisah dan Tauladan’ pula sudah pergi…

Al-Fatihah…Penyanyi ‘Kisah dan Tauladan’ pula sudah pergi…

Tiga hari selepas penyanyi popular era 70han Datuk Hail Amir meninggalkan kita…penyanyi lagu ‘Kisah dan tauladan’ yang terkenal di era 60han A. Halim pula pergi untuk selamanya.

Allahyarham yang berusia 76 meninggal dunia akibat angin ahmar di Hospital Penawar, Pasir Gudang, Johor Bahru pada pukul 10.30 pagi Khamis.

Beliau dimasukkan ke hospital pada 7 petang Rabu selepas mengadu sesak nafas.

Allahyarham mengalami lumpuh sebelah badan selepas menghidap strok sejak lima tahun lalu.

Beliau juga lama tidak lagi dapat menyanyi kerana peti suaranya sudah rosak.

Allahyarham tinggal bersama anak keduanya, Elly Halim di Seri Alam.

A Halim mempunyai enam anak, 24 cucu dan lima cicit.

Sepanjang pembabitannya dalam dunia seni, A.Halim turut bernyanyi bersama beberapa kumpulan kugiran antaranya adalah Kumpulan De’ Fictions, Kumpulan The Wanderers dan Kumpulan The Wisma.

Allahyarham pernah merakam beberapa buah album antaranya adalah Ablum Hitam Manis, Album Ep Gadis Buta, Album Salam Mesra Dari A.Halim dan banyak lagi.

Antara lagu dendangan arwah yang popular ialah Kisah Dan Harapan, Dendang Terakhir, Kawan Lama, Kan Hilang Nanti, Ku Tetap Kasih, Cenderawasih, Budi Pekerti. – 9/4/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *