Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
KJ dilantik jadi ahli lembaga pengarah syarikat di India - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / KJ dilantik jadi ahli lembaga pengarah syarikat di India

KJ dilantik jadi ahli lembaga pengarah syarikat di India

Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dinamakan sebagai ahli lembaga pengarah Fischer Medical Ventures Ltd yang beribu pejabat di India.

Syarikat itu, yang sebelum ini dikenali sebagai Fischer Chemic Ltd, mengumumkan pelantikan Khairy sebagai pengarah tambahan atas kapasiti pengarah bebas untuk tempoh lima tahun bermula 4 Mei 2024 dalam makluman pasaran saham baru-baru ini.

Khairy berkhidmat selaku Menteri Kesihatan Malaysia antara 2021 dan 2022 manakala sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dari 2020 hingga 2021.

Fischer Medical Ventures terlibat terutamanya dalam perdagangan bahan kimia dan jentera makmal.

Syarikat itu mengumumkan perubahan dalam pengurusan susulan kejayaan menyelesaikan tawaran terbuka yang dilakukan oleh Time Medical International Ventures Pte Ltd dan pelabur lain.

Lembaga pengarah meluluskan pelantikan Ravindran Govindan sebagai pengerusi dan pengarah urusan manakala Svetlana Rao Raviwada sebagai pengarah sepanjang masa untuk tempoh lima tahun.-Bernama -10/4/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *